Noh Cabar Azmin Tunjuk Laporan Polis Telah Dibuat Isu Sabotaj Air Selangor

AIDCNews -26/10/16 –Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar mencabar Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menunjukkan bukti laporan polis telah dibuat berhubung isu air Selangor telah disabotaj oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita pun nak tahu juga, balai polis mana yang dia buat laporan. Sebab kita nak tahu apa yang dilapornya.

“Saya nak cabar dia melaporkan mengatakan UMNO dan BN terlibat (dalam sabotaj air Selangor), kata Noh.

Sebelum itu, Azmin ketika ditemui wartawan mendakwa pihaknya melalui agensi Kerajaan Negeri Selangor, LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) telah membuat laporan polis berkenaan isu air di negeri itu.

“LUAS telah membuat laporan polis semalam,”kata Azmin yang tidak menjelaskan lanjut butiran laporan polis itu.

“Semua insiden ini bermula di luar Selangor, semalam di Nilai, sebelum ini di Pahang, Semantan. Jadi LUAS mengambil inisiatif membuat laporan polis dan kita biar polis siasat.

“Kita mahu pelaku pencemaran ini dibawa kemuka pengadilan,”kata Azmin.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar tidak menemui sebarang unsur sabotaj dalam siasatan awalnya mengenai pencemaran Sungai Semenyih sepertimana yang didakwa Azmin sebelum ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Sehingga sekarang, dalam siasatan kami tidak menjumpai apa-apa, namun kami kami tidak menolak sebarang kemungkinan,” katanya, dilapor Bernama.

Wan Junaidi berkata, kementeriannya memandang serius dakwaan Azmin dan berharap kerajaan negeri dapat mengemukakan bukti yang kukuh kepada pihak berkuasa.

Wan Junaidi berkata, mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj secara sengaja terhadap tempat tadahan air boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

“Sabotaj ini merupakan kes serius dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang darurat kerana ia melibatkan lebih dua juta pengguna air,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berharap isu pencemaran sungai berkenaan tidak dipolitikkan kerana sumber air merupakan keperluan utama orang ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s