Saya Yakin PKR Akan Lemah Di Sabah – Lajim

AIDCNews -26/10/16 –Walaupun PKR masih ada saki baki penyokong di Sabah, namun parti itu akan mengalami kelemahan untuk bersaing dengan parti-parti baharu yang berasaskan lokaliti, kata bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

“Tetapi saya yakin mereka (PKR) akan kekurangan lah sokongan kerana rakyat Sabah sekarang inginkan sebuah parti yang berasaskan kepada lokal (tempatan),”kata Lajim ketika ditemui pemberita di Putrajaya semalam.

Kehadiran Lajim ke Putrajaya untuk menerima sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang telah meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu pimpinannya, Parti Harapan Rakyat Sabah.

Pada 2 Okt lalu, Lajim bersama pengikutnya telah mengumumkan keluar PKR, parti yang diketuainya sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Tindakan Lajim itu disertai oleh Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Lajim Minta Pakatan Harapan & PPBM Tidak Bertanding Di Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s