Air Selangor : Rakyat Mula Pertikai Sejauhmanakah Kebenaran Dakwaan Pencemaran Sungai

Timmy Say -Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengeluarkan jadual yang dipecahkan ke 2 zon: Zon 1 dan Zon 2.

Di dalam jadualnya ada petak hijau dan merah.

Hijau bermaksud akan ada bekalan air bermula jam 4.00 petang. Merah bermaksud bekalan akan diputuskan seawal 9.00 pagi.

Sebagai permulaan, Zon 1 akan mendapat bekalan air bermula jam 4.00 petang, Selasa 25 Oktober 2016, sehingga jam 9.00 pagi, Rabu 26 Oktober 2016.

Penggiliran seterusnya di Zon 2 bermula pada 4.00 petang, Rabu 26 Oktober 2016 sehingga jam 9.00 pagi, Jumaat 28 Oktober 2016 (2 hari) dan diikuti Zon 1 selama 2 hari dan seterusnya.

Awas! Itu bukan cara membaca jadual itu.

Kamu hanya perlu pedulikan kotak warna merah. Syabas sangat efektif untuk memastikan bekalan air kamu terputus mengikut masa.

Jadual petak hijau itu sekadar hiasan. Umpamanya, di kawasan USJ1-27, ia sepatutnya mendapat bekalan pada 4.00 petang semalam (26 Oktober 2016), masih belum mendapat air setakat 1 tengah hari, 27 Oktober 2016.

Tiada sesiapa yang boleh memberitahu bilakah titisan air pertama akan sampai ke rumah mangsa.

Satu lagi, awas juga apabila anda membaca kenyataan Syabas berbunyi, “Bantuan lori tangki air masih digerakkan dengan tumpuan diberikan ke kawasan yang mengalami kelewatan pemulihan dan keutamaan diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal, hospital dan lain-lain.”

Jangan anda terlalu gembira. Siapa yang menentukan anda sebagai kawasan yang mengalami kelewatan pemulihan ataupun pengguna kriitikal?

Bantuan lori tangki air datang tidak menentu. Kalau anda ternampak satu, tetapi ia tidak berhenti di rumah anda, anda dikira sangat bernasib baik.

Kalau ada lori yang berhenti 2km dari rumah anda di malam buta, anggaplah anda sudah terkena cabutan bertuah. Kalau anda seorang OKU di rumah, nasiblah anda.

Membaca kemarahan meluap-luap di Facebook Speaker Selangor, Hannah Yeoh, tidaklah meriangkan. Bukan beliau tidak berbuat apa-apa, tapi beliau tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengharapkan Syabas menunaikan bekalan air mengikut jadualnya.

Namun kesabaran dan sangka baik rakyat sudah pun kontang sebagaimana air tangki di rumah.

Membaca komen meletup di Syabas terasa kesian. Kesian pada mereka yang menulis, sudahlah tiada air, komen pula tidak dihiraukan.

Asalnya rakyat percaya ia bermula daripada krisis pencemaran, tetapi cara Syabas menguruskan jadualnya menyakinkan rakyat adanya krisis lebih mendalam iaitu kelemahan yang pincang dalam pengurusan dan pengagihan air di Selangor.

Kepada Syabas, beringatlah di waktu krisis, penyaluran maklumat adalah sangat penting. Maklumat yang salah, tidak tepat dan jadual sendiri yang tidak dapat ditepati adalah faktor yang mencetuskan krisis air di Selangor hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s