Husam Dedah Sebab Sebenar Tidak Letak Jawatan ADUN Salor

husamAIDCNews -27/10/16 –Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan sebab sebenar beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor selepas beliau diberi surat tunjuk sebab dan dipecat daripada parti.

Menurutnya, beliau mahu terus kekal menjadi ahli politik dan jika melepaskan jawatan ADUN Salor, karier politiknya bakal berakhir.

“Kita ada peraturan, mana-mana ADUN yang letak jawatan, dia tidak boleh bertanding lagi.

“Adakah ini adil bagi seseorang. Kalau saya letak jawatan sekarang, saya tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

“Adakah ini dua kali hukum. Sekali dia kena pecat parti. Sekali dia kena letak jawatan. Sekali dia tidak boleh bertanding lagi,”katanya dalam persidangan DUN Kelantan hari ini.

Husam berkata demikian ketika bertikam lidah dengan ADUN PAS Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Dalam perdebatan itu, banyak isu dibangkitkan antaranya melanggar baiah, isu pemecatan Husam dan isu ADUN kahwin dua, tetapi takut untuk mengisytiharkan.

Sila tonton rakaman di bawah :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s