Konco-Konco Soros Sedang Berkempen Burukkan Najib & Bebaskan Anwar Di Amerika Syarikat

sorosAIDCNews -27/10/16 –Wikileaks mendedahkan terdapat usaha untuk melobi pentadbiran Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri mereka daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak, dakwa Malaysiakini.

Dakwa portal itu, kempen itu dikesan melalui pertukaran e-mel antara jurucakap Soros Fund Management (SFM) Michael Vachon (yayasan milik penyangak matawang Yahudi, George Soros) dan pengerusi kempen calon presiden 2016, Hillary Clinton iaitu John Podesta.

Perbualan antara Podesta dan Vachon berkisar pada memo yang ditulis oleh felo Open Society Global, John Pang, yang antara lain menggesa pentadbiran Amerika untuk “menjarakkan diri” daripada Najib.

Dalam e-mel 6 Mac dengan tajuk “Memo John Pang”, Vachon memberitahu Podesta: “Dan saya fikir George akan mahu bercakap tentang perkara ini, antara lain” yang dipercayai merujuk kepada penderma kempen Clinton, George Soros.

wiki

Vachon dikatakan berhubungan dengan Podesta untuk mengaturkan sebuah mesyuarat, yang juga akan dihadiri oleh anak Soros iaitu Alex.

Podesta kemudian menghantar e-mel 6 Mac itu kepada seorang kakitangan pejabat Clinton iaitu Milia Fisher pada hari yang sama.

E-mel berkenaan diterbitkan oleh Wikileaks Ahad lalu.

Malaysiakini telah menghubungi Vachon dan Pang untuk mendapatkan ulasan mereka.

Memo Pang tang bertajuk “The TPP and Malaysia’s Corruption Crisis” menggesa pentadbiran presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama supaya menjauhkan diri daripada Najib.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan sebuah rancangan untuk menjauhkan diri daripada Najib.

“Skandal terbuka yang menyelubungi Najib kini di luar kawalan dan kedudukannya tidak dapat dipertahankan lagi,” petik memo itu.

Pang adalah juga felo kanan di Rajaratnam School of International Studies. Pengkhususannya adalah mengenai isu-isu strategik dan keselamatan serantau.

Memo itu juga mendesak Amerika Syarikat untuk menuntut pembebasan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang berada di penjara kerana kesalahan meliwat.

“Pada mesyuarat tertutup dengan Najib di Kuala Lumpur pada bulan November 2015, presiden dengan tegas meminta Anwar dibebaskan atas alasan kesihatan dan bagi mendapatkan rawatan perubatan di Washington.

“Najib tidak mematuhinya. Ini diketahui umum di Malaysia dan terus tidak dipatuhi .

“Permintaan itu kini perlu disampaikan dengan cara lebih tegas,” katanya.

3 thoughts on “Konco-Konco Soros Sedang Berkempen Burukkan Najib & Bebaskan Anwar Di Amerika Syarikat

  1. America…. oh America… soon enough a liar, a pervert, a sexual assaulter will be the nation’s president…. and they deck their cards in this country????

    Like

  2. Amerika tak patut campur tangan dalam hal negara Malaysia, kerana Malaysia adalah sebuah negara yg berdaulat. Pang yg menjemput kuasa asing ini adalah pengkhianat negara dan perlu diambil tindakan undang2.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s