Masih Tiada Air ! Azmin Ke Hannah Ke, Aku Dah Tak Peduli – Pengundi Cina Subang Jaya

PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bergelut menangani krisis air yang dihadapi penduduk.

Sumber memberitahu FMT syarikat itu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan air terutamanya di Subang Jaya.

Menurut sumber, syarikat itu sekadar mempunyai 58 lori tangki air dan terpaksa menyewa lori tangki serta memohon bantuan agensi kerajaan lain.

Namun begitu, jumlah keseluruhan lori tangki cuma 83 buah sahaja.

Semua 83 buah itu terpaksa dikongsi empat daerah, iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, sementara penduduk di kawasan terbabit mula merungut.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh malam tadi berkongsi jadual gangguan air dan pemulihan bekalan air Syabas di Facebook.

Bagaimanapun warga Subang Jaya membidas jadual itu sebagai tidak munasabah.

“Buka bekalan air dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ini situasi kecemasan; arah MPSJ hantar bekalan dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.”

“Kita perlukan air untuk mandi dan bekerja. Saya menetap di USJ, sekarang sudah jam 9.30 malam, masih tiada air.

Apa jadi dengan bekalan masuk 4.00 petang?” soal Eric Goh di laman Facebook Hannah.

“Lebih elok Syabas jangan hentikan bekalan air, tak kisahlah ada bau ke tak. Air yang kami guna selama ini memang tercemar pun. Tengoklah penapis kami!

“Lagipun, kami dah biasa guna air botol untuk minum. Sekurang-kurangnya ada air untuk basuh jamban.

“Pengurusan yang sangat tidak cekap – sesiapa sahaja yang uruskan Syabas, Selangor dan Pejabat Alam Sekitar,” kata James Katz di laman Facebook Adun itu.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook Jacky Wong berkata: “MASIH TIADA AIR!! Azmin Ali ke Hannah ke, aku dah tak peduli.

“AKu sanggup undi Noh Omar kalau dia boleh selesaikan krisis air. Bagi aku, Azmin atau Hannah ke, krisis air ini bencana untuk warga Subang Jaya.

Pengguna Facebook Choo KY berkata pembukaan bekalan air dari jam 8.00 pagi ke 2.00 petang langkah yang salah, memandangkan sebahagian besar penduduk “di tempat kerja.”

“Ini menambahkan sakit hati,” kata Choo.

Pengguna Facebook Shamiela Mariasoosai berkata “tiada air sejak 3 hari lalu dan jadual air untuk Zon 2 tidak betul kerana kami belum terima air.”

“Sudah 3 hari. Tak nampak lori tangki air. Kami di tempat kerja kalau 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

“Sekarang sudah 9.55 malam. Warga USJ 3 meluat dengan berita palsu,” katanya, dan menambah masih tiada lori tangki air kelihatan.

Ketika dihubungi, jurucakap Syabas memberitahu FMT syarikat itu menghantar 75 lori tangki air ke kawasan terjejas di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Ketika ditanya berapa banyak lori dihantar ke USJ memandangkan ada dakwaan bekalan tidak kelihatan, jurucakap berkata pihaknya perlu periksa terlebih dahulu sebelum menjawab – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s