Tuduhan Sabotaj Air Selangor, Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Azmin

AIDCNews -27/10/16 –Ekoran keceluparan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat tuduhan UMNO dan Barisan Nasional mensabotaj air Selangor, Pemuda UMNO Kuala Selangor hari ini tampil membuat laporan polis.

“Kenyataan MB itu adalah biadap apabila meletakkan kesalahan kepada orang lain atas kegagalan tadbir urus air Selangor hingga menyebabkan krisis air Selangor tidak terkawal.

“Kalau betul ada bukti kemukakan dan dakwa;” kata Ketua Pemuda UMNO Kuala Selangor, Muhammad Fauzay Hassim dalam satu kenyataan, selepas membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor.

Laporan polis itu dibuat bagi menggesa pihak polis menyiasat dan memangggil Azmin untuk memberi keterangan memandangkan sebelum ini Timbalan Presiden PKR itu mendakwa pihaknya mempunyai bukti yang kukuh bahawa UMNO dan BN terlibat dalam melakukan aktiviti sabotaj itu.

Pemuda UMNO Kuala Selangor turut menterbalikkan gambar Azmin sebagai protes terhadap kenyataan beliau yang dianggap sebagai lepas tangan dan menimbulkan susana cemas di kalangan penduduk negeri Selangor.

sepang

Semalam, laporan polis turut turut dilakukan Pemuda UMNO Sepang di Ibu Pejabat Polis Sepang.

Ia susulan kenyataan angkuh Azmin yang mendakwa Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti kukuh menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj daripada UMNO dan BN berhubung isu pencemaran air di Semenyih.

Dalam kenyataan itu, Azmin berkata kejadian pencemaran air sungai di negeri ini dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir.

Kenyataan Azmin itu turut dibidas oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang disifatkannya tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang berstatus Menteri Besar.

“Dia (Azmin) nak cakap apa, dia boleh cakap lah. Tetapi telah dibuktikan oleh semua jabatan teknikal berkaitan tidak ada (pencemaran)

“Mengatakan ada sabotaj, saya rasa ia sudah terlebih. Saya tidak rasa ia wajar dikeluarkan daripada mulut seorang pemimpin,”kata Mohamad.

shah

Sebelum ini, Pemuda UMNO Shah Alam turut membuat laporan polis yang sama terhadap Azmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketuanya, Datuk Mua’adzam Shah Yaakop berkata, laporan itu dibuat bagi meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap tuduhan itu serta meminta Azmin mengemukakan bukti terhadap tuduhannya itu.

Malah katanya, kenyataan Azmin itu adalah tidak bertanggungjawab dan ia berbaur hasutan serta tidak berasas.

Mua’adzam turut meminta agar Azmin lebih matang dalam berpolitik dan lebih bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan yang dibuat.

“Jika ada bukti yang kukuh, mengapa tidak bawa ke muka pengadilan kerana itu lebih profesional dan jangan hanya menuding jari atas kesalahan sendiri.

“Apa yang kita lihat, Azmin hanya cuba untuk mengalihkan perhatian kerana kelemahannya dalam mentadbir kerajaan negeri kerana isu air ini bukanlah isu yang baru dan ia sudah berlarutan sejak daripada kita nak bila projek Langat 2,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya projek Langat 2 diteruskan ia mampu menjadi sumber alternatif sekiranya berlaku pencemaran di loji rawatan lain.

“Saya yakin jika Langat 2 diteruskan, ia boleh menjadi sumber sampingan yang boleh digunakan jika ada mana-mana loji rawatan yang tercemar untuk disalurkan kepada rakyat.

“Jangan bermain dengan persepsi dengan membuat tuduhan sebegini, bagi saya ini adalah tindakan yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab. Saya harap rakyat dapat menilai kepimpinan Azmin ini dan saya mohon pihak polis menyiasat tuduhan ini dan minta Azmin nyatakan bukti atas tuduhan yang dibuat,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s