Kalau Tak Ada kilang-kilang Haram Sekalipun, Air Tetap Tercemar Kerana Pensabotaj – Exco Selangor

PETALING JAYA: Seorang exco Selangor mendakwa penutupan loji rawatan air (LRA) di negeri itu disebabkan pencemaran sungai adalah “muslihat politik” yang berniat menggunakan isu berkenaan untuk merosakkan kerajaan negeri.

Ean Yong Hian Wah yang dipetik Sin Chew Daily berkata, hasil siasatan mendapati 3 kali pencemaran sungai berpunca daripada bahan kimia sama, membabitkan sebuah kilang haram di Selangor dan 2 kali lagi air sungai tercemar mengalir dari negeri lain ke Selangor.

Adun Seri Kembangan itu berkata, pemantauan yang dijalankan kerajaan negeri selepas mengesan sebuah kilang haram melakukan pencemaran, menyebabkan pensabotaj tidak dapat meneruskan rancangan mereka di Selangor dan beralih ke negeri lain untuk melakukan kerosakan.

Sehubungan itu, pengerusi jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Selangor itu berkata, kerajaan negeri tidak patut dipersalahkan atas masalah gangguan bekalan air yang dihadapi penduduk Selangor.

“Kalau tidak ada kilang-kilang haram di Selangor sekalipun, air tetap akan tercemar jika ada orang berniat mensabotaj,” katanya yang menafikan sumber bekalan air kerap tercemar disebabkan kerajaan negeri tidak mengawal kewujudan kilang haram.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada kilang haram di sekitar sumber bekalan air, tetapi ada yang terletak di kawasan terpencil dan tidak mudah dikesan, menyebabkan pihak berkuasa terlepas pandang, walaupun penguatkuasaan sering dijalankan.

Masalah gangguan bekalan air berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, ekoran penutupan LRA Semenyih, Langat dan Cheras sejak bulan lalu, akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Semantan di Pahang.

Akhir bulan lalu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung seorang pekerjanya pada 6 September lalu kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling, 1 September lalu –FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s