Lajim Kesal Aktiviti ‘Curi’ Ahli Di Kalangan Sesama Parti Pembangkang

KOTA KINABALU – Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti ‘mencuri’ ahli parti dalam kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.

Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan Sabah.

“Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu) sekarang mencari orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini sama-sama pembangkang tetapi ada juga yang mencuri ahli kita.

“Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana parti,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi parti itu di sini hari ini.

Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Okt lalu.

Menurut Lajim, partinya itu tidak akan ‘mencuri’ ahli-ahli dari parti pembangkang tempatan namun berazam untuk mengajak ahli-ahli parti dari Semenanjung yang ada di Sabah untuk menyertai parti berkenaan.

Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.

Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan), Lajim berkata “kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya ‘highlight’ strategi itu”.

Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah parti pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak- BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s