PAS Tak Lagi Mampu Tarik Orang Melayu, Dakwa BERSIH

AIDCNews -27/10/16 – Naib Pengerusi BERSIH, Thomas Fann berkata pihaknya tidak kisah dengan keputusan PAS yang tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 9 Nov ini kerana parti Islam itu bukan mewakili majoriti Melayu di negara ini.

“Lagipun, kita perlu sedari bahawa PAS tidak mewakili semua orang Melayu,” kata Thomas yang juga aktivis Kristian.

Thomas yang juga Bendahari BERSIH berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Timbalan Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari yang mendakwa ketiadaan penyokong PAS telah diisi oleh kelompok penyokong Melayu lain yang bukan dari Parti Islam itu.

Shahrul berkata penyokong PAS boleh dikenali melalui pemisahan tempat duduk di antara lelaki dan perempuan dalam sesuatu perhimpunan.

“Jika kamu perasan, peserta PAS akan ada kelompok wanita di satu sudut dan kelompok lelaki di tempat lain.

“Tetapi jika kita tengok ceramah (BERSIH) di Muar, Johor minggu lalu, wanita bergaul. Mereka sangat aktif dan bertanya soalan.

“Sambutan sangat menggalakkan,” katanya, sambil Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang hadir menambah, jumlah peserta pada hari itu dianggarkan kira-kira 400 orang.

Ditanya sama ada pengaruh PAS semakin berkurangan, Shahrul yang juga Naib Presiden IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) berkata hakikatnya adalah sedemikian.

“Ya, ya. Kami jemput mereka untuk bersama tetapi kami tidak terlalu bimbang jika mereka tidak datang,”katanya.

Pada Ogos lalu, Shahrul mewakili IKRAM dan BERSIH telah menyertai persidangan “Asian Electoral Stakeholder Forum III” (AESF 3) anjuran Komisi Pemilihan Umum (KPU), Republik Indonesia dengan kerjasama Asian Network for Free Elections (ANFREL).

Persidangan yang diadakan di Kartina Plaza Hotel Bali Indonesia pada 22-26 Ogos lalu bertujuan untuk membincangkan cara-cara serta kaedah dalam menangani cabaran pilihan raya di seluruh Asia dan sekaligus mencari jalan dalam menangani masalah yang timbul bersesuaian dengan tema persidangan iaitu “Ketelusan dan Integriti Dalam Membina Pilihan Raya yang Berkualiti di Rantau Asia”.

Persidangan empat hari anjuran ANFREL itu telah dihadiri oleh para pegawai daripada badan pengurusan pilihan raya (Election Management Bodies – EMB) dan wakil-wakil organisasi masyarakat sivil (Civil Society Organization – CSO) dari negara-negara Asia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang berkhidmat dalam menggalakkan demokrasi di rantau ini dan memerlukan pilihan raya yang bebas dan adil.

Menurut blog electoralintegrity, kebiasaannya program ANFREL akan dibantu oleh beberapa badan demokrasi antarabangsa antaranya, IFES (the International Foundation for Electoral Systems), The Asia Foundation, dan NED (the National Endowment for Democracy).


maria-chin

One thought on “PAS Tak Lagi Mampu Tarik Orang Melayu, Dakwa BERSIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s