Rafizi Marah NGO Pimpinannya Diaudit Rekod Kewangan

AIDCNews -27/10/16 –Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli melahirkan perasaan tidak senang apabila NGO pimpinannya, NOW (National Oversight and Whistleblower) cuba diaudit berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan kewangan.

Rafizi mendakwa, tindakan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM) yang meminta beliau menyerahkan dokumen serta rekod kewangan syarikat NOW sebagai bermotifkan politik.

Beliau menegaskan tidak ada sebarang bentuk penyelewengan wang dalam akaun syarikat berkenaan malah tiada sebarang aktiviti melibatkan aliran keluar masuk wang dalam syarikat berkenaan.

“Saya fikir mereka mahu melihat sekiranya ada salah laku atau pelanggaran di bawah akta syarikat.

“Kami bersedia memberikan kerjasama sewajarnya seperti sebelum ini,” katanya.

Rafizi berkata, syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 167 Akta Syarikat 1967 yang memerlukan ahli lembaga pengarah mengemukakan rekod kewangan lengkap syarikat berkenaan.

“NOW bukan sumber pendapatan malah ianya adalah lubok saya kehabiskan wang. Tiada duit, dalam syarikat,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke ibu pejabat SSM hari ini.

Rafizi hadir bersama Pengarah Eksekutif NOW, Akmal Nasir menyerahkan rekod kewangan pusat itu sejak penubuhannya pada 2015.

Pada 14 Okt lalu, SSM telah menyerbu pejabat NOW bagi tujuan memeriksa rekod kewangan, namun cuba dihalang oleh Rafizi dengan mendakwa anggota SSM terlibat tidak memberikan sebarang notis bertulis untuk memerika rekod kewangan NGO pimpinannya itu.

“Perkara itu adalah bertentangan dengan undang-undang kerana SSM tidak ada kuasa untuk datang tanpa notis bertulis untuk memeriksa apa-apa dokumen sebuah syarikat atau pertubuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi bagaimanapun berkata SSM seharusnya mematuhi Bahagian 4 (Seksyen 27A hingga 27D) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.

“Saya telah menasihatkan NOW untuk menunggu notis bertulis tersebut dan tidak memberi apa-apa akses kepada maklumat selagi notis bertulis itu tidak dikeluarkan.

“Sebaik sahaja notis bertulis itu dikeluarkan mengikut undang-undang, saya akan menasihatkan NOW untuk menyerahkan semua maklumat kewangan bagi tujuan Seksyen 167 Akta Syarikat kepada SSM,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi akan berunding dengan peguam untuk mencabar notis bertulis itu sekiranya SSM menyenaraikan maklumat yang tidak ada kena mengena dengan keperluan penyiasatan di bawah Seksyen 167 Akta Syarikat.

“Contohnya maklumat kes-kes penyelewengan yang kami sedang siasat, saya akan berunding dengan peguam untuk mencabar notis bertulis itu,” katanya.

One thought on “Rafizi Marah NGO Pimpinannya Diaudit Rekod Kewangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s