146 Orang Keluar PERKASA Sebab Nama Diguna Jadi Ahli PPBM

AIDCNews -29/10/16 –Seramai 146 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) di kawasan gugusan Felda Kertih, Dungun telah mengisytiharkan keluar daripada pertubuhan itu malam tadi, setelah mendapati sebahagian nama mereka telah didaftarkan sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka.

“Usaha terdesak itu diketuai oleh Ketua Pendaftar Pribumi Negeri Terengganu, Mastura Othman yang juga Pengerusi Perkasa Dungun,”lapor blog matpening.

Lapornya lagi, mereka menyertai PERKASA sebelum ini kerana untuk menjaga kedudukan Melayu-Islam daripada ancaman DAP.

Namun, apabila PPBM mula berbaik dengan DAP, kesan itu juga turut terkena kepada PERKASA.

“Tindakan keluar ahli beramai-ramai itu dibuat kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti anti Melayu Islam iaitu DAP.

“Parti Pribumi dan DAP hari ini adalah ‘bersaudara’. Prinsip mereka menyertai PERKASA kerana mahu melawan kebiadapan DAP terhadap Melayu Islam.

“Apabila mengetahui terdapat ahli PERKASA di Dungun diperkudakan untuk menyertai parti Pribumi yang bersubahat dengan DAP, maka mereka ucap Selamat Tinggal kepada PERKASA dan PRIBUMI,”lapornya lagi.

buzze

buzze1

buzze2

buzze3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s