Cukuplah Pakatan Rakyat Jadi Pelajaran Untuk PAS – Mursyidul Am

KUALA LUMPUR – “Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS”

Demikian tegas Murysidul Am PAS, Hashim Jasin mengenai pelawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama politik.

Kata beliau, kerjasama politik atau tahaluf siyasi PAS dengan mana-mana parti selepas ini mesti dibina berdasarkan Islam dan dipimpin oleh umat Islam.

“Mereka mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan ‘hablullah’ (tali Allah) yakni Islam.

“Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu terima Islam, ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran,” tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini memujuk supaya PAS menjalin kerjasama.

PAS bagaimanapun bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan gabungan parti pembangkang itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bertindak membubarkan Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Kedua-dua parti itu kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang disertai PAN selaku parti Islam baharu bagi menggantikan PAS.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk kepada beberapa isu akidah yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.

Hashim dalam pada itu menegaskan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dengan memetik hadis Nabi Muhammad S.A.W. – Mynewshub.cc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s