Maria Chin Ditahan Di Sabah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di Sabah kerana mengedar risalah.

Ahli jawatankuasa Bersih, Fadiah Nadwa Fikri berkata Maria ditahan di Dewan Masyarakat Kota Marudu ketika mengedar risalah kepada orang ramai.

“Kami berada di Langkon dan salah seorang anggota polis datang ke arah kami dan memberitahu tindakan mengedar risalah adalah salah di sisi undang-undang.

“Anggota polis itu menyuruh Maria pergi ke balai polis untuk siasatan dan ketika ditanya sama ada dia ditahan, anggota polis itu memberitahu ya,” katanya.

Insiden itu berlaku pada pukul 2 petang.

Fadiah berkata polis telah mengganggu aktiviti pemantau pilihan raya sejak pagi Sabtu.

“Sebelum itu, mereka mengganggu ucapan di Kudat dan beritahu kami ia menyalahi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Awam,” katanya.

Beliau juga mendakwa sekumpulan penunggang motosikal mengoyakkan bendera Bersih.

Bersih 2.0 dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan Maria sedang menuju ke balai polis Kota Marudu.

Maria menyertai sebahagian daripada konvoi Bersih 5 di Kota Marudu yang terletak kira-kira 124 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, Sabah.

Bersih mengadakan konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) itu pada 19 November ini – Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s