PKR Kelantan Terbuka Bincang Dengan PAS & PAN Soal Pembahagian Kerusi

KOTA BHARU – PKR Kelantan terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak mengenai pembahagian kerusi PRU14 akan datang.

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, sehingga kini pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berkenaan perkara tersebut dan yakin pemilihan pemimpin untuk setiap kerusi adalah berdasarkan ketokohan yang dimiliki.

“Untuk setiap kerusi itu, kita tahu siapa yang lebih layak, dari segi ketokohan dan juga sambutan rakyat. Jadi kita boleh terima dengan hati terbuka, kecuali jika ada pemimpin yang berkepentingan untuk jadi calon. Sebab kita cuma mahu menang,”katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai bayangan pertambahan kerusi PKR di sini, beliau berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum mengadakan rundingan rasmi dengan Pas mahupun mana-mana parti di sini.

Beliau berkata, untuk rundingan kerusi dengan Pas, perjanjian Pakatan Rakyat dahulu menyatakan kerusi yang kalah sahaja yang boleh dirunding.

“Sama juga dengan kehadiran Amanah dan Bersatu. Kita seperti biasa, kita tidak mahu lawan Amanah mahupun Pas, kita berjuang untuk menambahbaikkan pemerintahan Negara. Amanah ini kita tahu dia daripada Pas, tapi lebih baik pergi ke Amanah daripada pergi ke BN. Kita tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak,”katanya – SH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s