Saya Akan Dedah ‘Sesuatu’ Jika Pemimpin PPBM Serang Saya – Khairuddin

AIDCNews -29/10/16 –Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan akan mendedahkan sesuatu berkenaan PPBM jika pemimpin PPBM akan menyerang beliau berhubung tindakannya keluar parti.

“Dan dalam isu ini, saya akan membuat kenyataan yang jelas, tetapi saya nak tengok tindak balas PPBM terhadap saya. Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam.

“Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar,” kata Khairuddin kepada Antarapos.

Dua hari lepas, Khairuddin sekali lagi mencipta rekod apabila mengumumkan keluar parti yang disertainya dua bulan lalu berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya sama ada tindakannya melangkah kaki keluar daripada parti tersebut dipengaruhi oleh konflik dalaman PPBM, Khairuddin berkata isu krisis dalaman parti adalah perkara biasa dalam mana-mana parti.

“Dalam mana-mana pertubuhan politik, perkara ini (perpecahan) normal. Benda ini akan berlaku. Tidak siapa boleh nafi perkara ini boleh berlaku. Dan sebab itulah saya nasihat, dalam PPBM ini jangan ada berpuak-puak.

“Kalau mereka berpuak-puak, ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin, ada puak Mukhriz, parti akan lingkup. Akhirnya masing-masing akan jaga kepentingan (puak) masing-masing,” katanya.

Khairuddin Cipta Rekod, Umum Keluar PPBM Berkuat Kuasa Serta-Merta

3 thoughts on “Saya Akan Dedah ‘Sesuatu’ Jika Pemimpin PPBM Serang Saya – Khairuddin

  1. Tapi itulah yang terjadi. Akhirnya wujud puak puak tertentu akibat kegagalan mengawal keinginan berkuasa. Mereka boleh duduk semeja dlm Anti Najib Club tapi dlm parti mereka jadi tamak. Mereka takkan berjaya tarik ahli kalau terus bergolak. Takkan wujud penyatuan selagi parti telah dikawal puak tertentu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s