Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam

AIDCNews -29/10/16 –Asal usul BERSIH bermula dari tahun 2005 yang digerakkan yayasan dana Yahudi, NED (National Endowment for Democracy) melalui tiga NGO Malaysia, kata Norman Toha, Ahli Majlis Syura Pertubuhan Jati Malaysia.

“NED atau National Endowment for Democracy yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, badan yang digunakan untuk menguasai aliran pemikiran rakyat di dunia ini supaya cenderung kepada polisi antarabangsa yang dibuat Amerika Syarikat di serata dunia,”katanya.

Menurut Norman, tiga NGO Malaysia yang diresapi elemen Yahudi itu adalah SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), WDC (Women’s Development Collective) dan WAMI (Writer Alliance for Media Independence) menubuhkan ‘Joint Action Committee for Electoral Reform’ atau Jawatankuasa Bertindak Bersama Bagi Reformasi Sistem Pilihanraya.

“Inilah NGO-NGO yang mula-mula menaja jawatankuasa (‘Joint Action Committee for Electoral Reform’), pada Julai 2005 sehingga tahun 2006, secara rasmi BERSIH diwujudkan.

“Agenda mereka bukan setakat anti kepada Islam, juga anti kepada mana-mana kaum dan bangsa yang menjadi penegak agama yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW yang datangnya daripada Allah swt,”katanya lagi.

Pada 24 Dis tahun lalu, AIDCNews mendedahkan tiga NGO yang disebut Norman itu, iaitu SUARAM, WDC dan WAMI yang menjadi Jawatankuasa Penaja BERSIH sebenarnya bernaung di bawah badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social Advancement).

REFSA diterajui oleh aktivis DAP, Liew Chin Tong yang merupakan bekas penyelidik pelawat di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Singapura.

Chin Tong dan badan pemikirnya, REFSA telah berkerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED mengadakan bengkel pembaharuan pilihan raya pada Julai 2005.

Ketika itu, Chin Tong dan badan pemikirnya REFSA merupakan pemikir utama DAP khususnya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bengkel REFSA-NDI itu telah membuka jalan kepada pembentukan jawatankuasa pemandu BERSIH oleh tiga NGO, SUARAM, WDC dan WAMI pada September 2006 seperti mana yang dijelaskan di atas.

Hakikatnya, ketiga-tiga NGO itu juga pro DAP, kerana NGO-NGO itu telah dikenal pasti dan dipilih oleh Chin Tong sendiri; di mana SUARAM diterajui oleh Dr Kua Kia Soong, bekas ahli parlimen DAP di Petaling Jaya 1990-1995; WDC diterajui oleh Maria Chin Abdullah dan WAMI diterajui oleh Dr Wong Chin Huat yang sekarang ini merupakan penganalisis sosial dan politik badan pemikir DAP untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute.

Selepas BERSIH yang dinaungi REFSA, SUARAM, WDC dan WAMI berjaya mengadakan perhimpunan BERSIH 1.0 di Kuala Lumpur pada 10 Nov 2007, Chin Tong telah dipilih oleh Guan Eng menjadi calon DAP di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada tahun 2008 impak daripada perhimpunan BERSIH 1.0 mengakibatkan Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP yang memberi peluang Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Di atas sumbangan besar itu, Guan Eng melantik Chin Tong sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institute, badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

liew-chin-tong

Dalam politik pula, Chin Tong telah dilantik sebagai Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, kemudian dihantar ke Johor untuk dilantik sebagai Pengerusi DAP Johor yang baharu.

Isu RM1.2 Billion & Kerjasama Israel Pendedahan Yang Mengejutkan !

Skandal Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali, Soal PMSP

BERSIH Agenda Yahudi Hancurkan Negara Islam

PAS Tak Lagi Mampu Tarik Orang Melayu, Dakwa BERSIH

DAP Adalah Dalang Sebenar Revolusi Warna BERSIH Di Malaysia

Perhimpunan BERSIH 4.0 Perarakan Komunis Versi Baharu ?

BERSIH Tidak Terima Dana Dari NED Tapi Dari NDI … Apa Bezanya?

7 thoughts on “Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s