Jamal Dedah Soros Taja BERSIH RM3.2B Sejak 2010

AIDCNews -31/10/16 –Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos, mendedahkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendapat tajaan RM3.2 bilion (US800 juta) daripada pertubuhan Open Society Foundations (OSF) yang dikelolakan oleh George Soros sejak dari tahun 2010.

Katanya, beliau mendapat maklumat ini daripada kebocoran dokumen dalaman Open Society Foundations (OSF) yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.

“Paling mengejutkan kita jumlah dana tersebut adalah terlalu besar sehingga US800 juta (dan) berjumlah RM3.2 bilion. Perkara-perkara ini mereka tidak dedahkan tapi apa yang berlaku mereka cuba mendedahkan perkara-perkara yang dusta pada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Melalui rujukan dokomen (OSF) menjurus kepada Malaysia yang diberi nama Malaysian Program. Program tersebut menyatakan agenda campur tangan Soros ke arah pilihan raya yang bebas dan bersih di Malaysia. Dan mengesahkan pembiayaan Soros kepada BERSIH,” katanya ketika dihubungi Antarapos

Dokumen yang dibocorkan itu merupakan minit mesyuarat bertajuk “Program Malaysia – Portfolio Ringkasan Hasil Kajian Semula” pada Jun 2015 berkaitan usaha OSF untuk menyokong masyarakat awam dan Orang Asli, belia, wanita dan warga luar bandar untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Ia dihadiri Presiden OSF, Christopher Stone dan Pengarah Penyelidikan Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Dokumen itu mendedahkan sokongan OSF khususnya usaha untuk menggembeling penyertaan golongan muda.

Menurut dokumen itu, Malaysiakini dan Kini.tv adalah pihak yang mendapat pembiayaan Program Malaysia untuk membantu mewujudkan suasana pilihan raya yang bebas dan adil.

Dokumen itu juga memaklumkan cabaran yang dihadapi OSF, antaranya kesukaran mewujudkan jaringan, mendapatkan jurucakap dan kritikan media tempatan terhadap Soros.

“Tindakan media tempatan mencerca Soros menyebabkan kami terpaksa melaksanakan tugas dengan senyap dan mengurangkan pendedahan awam. Kakitangan hanya menghadiri majlis awam, bukan program tertutup.”

Pembiaya lain yang turut bekerjasama dengan OSF adalah Asia Foundation dan Institut Antarabangsa Republikan yang dipengerusikan Senator Amerika Syarikat, John McCain.

soros

soros1

soros2

Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam
Konco-Konco Soros Sedang Berkempen Burukkan Najib & Bebaskan Anwar Di Amerika Syarikat

BERSIH Agenda Yahudi Hancurkan Negara Islam

Sogokan Wang : Rafizi Tempelak Maria & Cynthia

One thought on “Jamal Dedah Soros Taja BERSIH RM3.2B Sejak 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s