Kerajaan Akan Siasat Dakwaan George Soros Biaya BERSIH – TPM

KUALA LUMPUR: Maklumat yang mendakwa hartawan, George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri berkata, ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan ‘siapa’ dibiayai dan ‘kenapa’. Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar dalam politik negara.

“Ini kerana, politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar, apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu,” katanya pada pelancaran buku bertajuk ‘Being Abdullah Badawi’, hari ini.

Menurut laporan media hari ini, sebuah kumpulan asing dipengerusikan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi terlibat, Zahid berkata, ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

“Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagaimana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan,” katanya- BERNAMA

One thought on “Kerajaan Akan Siasat Dakwaan George Soros Biaya BERSIH – TPM

  1. Dlm wikileaks ada dedahkan George Soros adalah salah satu funder Hillary Clinton calon yg sdg mendahului dlm kempen pilihanraya presiden US skrg. Mungkin boleh andaikan jika Clinton menang kerajaan bakal hadapi tekanan dari kerajaan US. Ekonomi perlu diberi perhatian serius.

    Apa2 pun semua tgh naik minyak skrg dgn harga minyak naik kah kah kah…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s