Saya Lebih Awal Berjuang Daripada Muhyiddin, Kata Khairuddin

AIDCNews -31/10/16 – Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan menafikan sesetengah tuduhan yang mendakwa bahawa beliau sengaja mensensasi keluar daripada PPBM bertujuan untuk mencemar imej parti.

Apatah lagi, katanya, beliau lebih lama berjuang berbanding dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bukan niat saya untuk mencemar imej parti kerana saya adalah orang yang paling awal berjuang. Kalau nak banding dengan Tan Sri Muhyiddin pun, saya lebih awal daripada TS Muhyiddin,”kata kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menyifatkan dirinya bukan orang penting dalam PPBM, Khairuddin berkata keputusan untuk keluar parti tidak perlu merujuk kepada sesiapa termasuk Tun Mahathir.

Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata beliau akan bertemu dengan Tun Mahathir untuk memohon maaf kerana meninggalkan parti itu.

“Sebab itu apabila saya buat sesuatu keputusan pun, saya rasa saya tidak perlu rujuk kepada Tun M kerana saya bukan majlis tertinggi parti.

“Saya nak bincang dari hati ke hati dengan Tun M dan saya juga nak minta maaf (dengan Tun M) kerana saya tidak sangka bila saya umum keluar parti, ianya viral sebegitu rupa, “katanya lagi.

Saya Akan Dedah ‘Sesuatu’ Jika Pemimpin PPBM Serang Saya – Khairuddin

2 thoughts on “Saya Lebih Awal Berjuang Daripada Muhyiddin, Kata Khairuddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s