Perjanjian Pakatan Harapan Tidak Letak Syarat ‘Melayu’ Mesti Jadi PM

phAIDCNews – 30/11/16 –Perjanjian Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani ketiga-tiga parti, Presiden PKR Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN Haji Mohamad Sabu pada 9 Januari 2016 di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, tidak meletakkan syarat seorang ‘Melayu’ mesti dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) jika sekiranya, pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).Read More »

Mahkamah Kekalkan Keputusan Tian Chua Bersalah

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua yang didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, terhadap sabitan dan hukuman itu yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 23 Jan 2014.Read More »