Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Khalid Samad Fitnah Hassan Ali

hasan-ali-menang-samanAIDCNews -01/11/16 –Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad didapati bersalah memfitnah bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hassan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak telah permohonan Khalid untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan beliau bersalah dan perlu membayar ganti rugi kepada Hassan kerana memfitnah.

Pada 6 Ogos tahun lalu, barisan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan Khalid dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Hasan sebagai ganti rugi am.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Khalid untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar RM100,000 sebagai ganti rugi teruk kepada Hasan.

Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan NGO pimpinannya, JATI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s