Maria Chin Akui Terima Dana Soros

bersihAIDCNews -01/11/16 –Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengakui menerima dana daripada yayasan penyangak matawang Yahudi, George Soros ekoran pendedahan dokumen minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ oleh Open Society Foundation (OSF) dibocorkan oleh penggodam DC Leaks,

Walau bagaimana pun Maria mengakui penerimaan sumbangan daripada yayasan Soros, iaitu Open Society Institute (OSI) hanya sekali sahaja di antara tahun 2010 dan 2011 yang berjumlah RM70,000.

OSI adalah nama lain kepada OSF.

“Malah kami menerbitkan akaun yang membutirkan sumber dana kami,” katanya kepada FMT.

Maria membuat pengakuan itu susulan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini yang memaklumkan pihak polis telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyemak kesahihan dokumen yang bocor mendakwa NGO tempatan tempatan telah menerima dana asing.

“Ya, kami telah menubuhkan ia (pasukan petugas) dan kita akan panggil mereka (untuk merakamkan keterangan) yang kita percaya mempunyai maklumat berkaitan dengannya,” Khalid dipetik berkata.

Namun begitu, pengakuan Maria itu masih belum berjaya menamatkan spekulasi berkaitan dengan dana asing kerana ia kontradik dengan pendedahan dokumen minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ tajaan OSF/OSI itu.

Dalam pengakuan terbaharu Maria, dia cuba menggambarkan tajaan dana daripada OSF/OSI untuk ‘pilihan raya yang adil dan bersih’ di Malaysia terhenti pada tahun 2011, sedangkan dokumen ‘Program Malaysia’ yang bermesyuarat pada 22 Jun 2015 menunjukkan ‘sokongan untuk pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini berterusan hingga 2018 yang dijangka akan berlaku Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Mary Agnes James
Mary Agnes James
Lebih mengukuhkan lagi OSF/OSI telah melantik staffnya, Mary Agnes James sebagai Penolong Ketua Program Malaysia.

Mary Agnes sebelum ini adalah pengarah tajaan untuk Southeast Asian Centre for e-Media (Seacem.com), satu organisasi yang ditubuhkan oleh portal Malaysiakini pada tahun 2004.

Seacem dan Malaysiakini pula dibiayai oleh Media Development Loan Found (MDLF) yang mendapat tajaan Soros.

Selanjutnya baca “Dokumen Soros Dedah Topeng BERSIH

soros-link

Pengakuan Maria untuk mendedahkan akauan selepas diaudit juga meragukan kerana janji yang sama pernah dilakukan oleh Pengerusi BERSIH sebelum ini, Datuk Ambiga Sreenevasan pada tahun 2011, namun ia tidak ditunaikan.

AIDCNews 26 Oktober lalu mendedahkan terdapat pelbagai taktik penyamaran untuk menyembunyikan penerimaan dana asing, iaitu memaparkan akauan rasmi dan tidak rasmi.

Akauan rasmi adalah di atas nama ‘BERSIH &Adil Network Sdn Bhd’, manakala akauan tidak rasmi melalui akauan NGO lain seperti ALIRAN.

Selanjutnya, baca “BERSIH Didaftar Sebuah Badan Perniagaan

Malah pengakuan Maria itu bukan perkara baharu kerana pengakuan yang sama pernah dibuat pada tahun lalu.

“Ya, kami mengambil wang daripada NDI dan OSI tetapi tidak dari NED,”kata Maria dalam Facebook pada 30 Julai 2015.

Walau bagaimana pun pada tahun lalu, Maria tidak menyatakan penerimaan dana asing daripada OSI hanya sekali sahaja iaitu antara tahun 2010 dan 2011 sebagaimana yang didakwa hari ini.

Kaedah Maria menjawab berkaitan dengan penerimaan wang daripada NDI seperti menggunakan kaedah perundangan.

Hakikatnya, NED (National Endowment for Democracy) yang menaja NDI (National Democratic Institute) dan bukan sebaliknya, manakala NDI pula menaja NGO-NGO tempatan yang berkaitan dengan BERSIH.

Merasakan jawapan Maria itu seolah-olah memperlekehkan kemampuan rakyat Malaysia berfikir, aktvis Islam, A Karim Omar membidasnya dalam artikel bertajuk “BERSIH Tidak Terima Dana Dari NED Tapi Dari NDI … Apa Bezanya?

Walau bagaimana pun, jawapan Maria di atas selari dengan pendedahan AIDCNews empat hari lepas yang melaporkan bahawa BERSIH dipacu melalui kerjasama NDI dengan badan pemikir DAP, REFSA yang kemudiannya memilih badan yang diterajui Maria-WDC (Women’s Development Collective) sebagai salah satu daripada tiga NGO jawatankuasa pemandu BERSIH.

Selanjutnya, sila baca “Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam

Pada 28 Mei 2011, AIDCNews pernah mendedahkan pengakuan Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan yang menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu NDI dan OSI.

bersih-1-0-356x360Namun, Ambiga berkata dana itu bukan untuk tujuan perhimpunan BERSIH tetapi untuk bagi projek-projek ‘pilihan raya adil dan bersih’ yang lain.

Pengakuan Ambiga kepada The Malaysian Insider turut disokong oleh Maria yang berkata dana NDI dan OSI digunakan untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya berkaitan projek persempadanan bahagian pilihan raya.

Pada 29 Jun 2011, FMT melaporkan sekretariat BERSIH yang terletak di Petaling Jaya telah digeledah oleh pihak polis.

Sekretariat BERSIH itu berkongsi pejabat dengan NGO, EMPOWER milik Maria.

Semasa pengeledahan itu, pihak polis turut menahan 7 orang kakitangan BERSIH untuk disoal siasat.

Selepas pengeledahan polis itu, Ambiga mula membuka sedikit rahsia berkenaan dana tersebut.

“Sebahagian daripada dana itu telah dibayar kepada kakitangan EMPOWER, sebuah NGO yang bertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain,”kata Ambiga.

2 thoughts on “Maria Chin Akui Terima Dana Soros

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s