Pelbagai Pihak Gesa Polis Siasat Kaitan BERSIH Dengan Soros

AIDCNews -01/11/16 –Pelbagai pihak hari ini tampil membuat laporan agar pihak polis menyiasat dengan terperinci perkaitan perhimpunan BERSIH dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros.

“Penglibatan orang luar iaitu George Soros, yang membiayai kos BERSIH di dalam negara ini. Ia amat mengejutkan kerana boleh mendatangkan kontroversi yang sangat besar di negara ini.

“Tujuan kami membuat laporan polis untuk menggesa PDRM, SKMM, Bank Negara dan khususnya negara Malaysia, menyiasat kesahihan dakwaan yang mengatakan George Soros terlibat dalam perkara ini,”kata Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia(MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pichay pula bimbang pertembungan baju Kuning dan baju Merah pada 19 November ini bakal mengulangi semula tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) turut membuat laporan polis dan menyerahkan dokumen sulit 24 muka surat mengenai pembabitan John Pang dan George Soros yang membiayai dana dibawa masuk kepada kumpulan BERSIH melalui Open Society Foundation.

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, perkara itu dipandang serius dan perlu disekat dengan segera kerana dilihat menjadi ancaman bagi menggulingkan kerajaan melalui penganjuran perhimpunan BERSIH dan lain-lain.

“John Pang adalah individu yang bersekongkol dengan George Soros bagi menggulingkan kerajaan serta Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Dalam dokumen sulit yang mengandungi 24 muka surat berkenaan, terdapat bukti yang kukuh dan agenda mereka untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Pergerakan Pemuda UMNO juga memfailkan satu laporan polis berhubung dakwaan BERSIH, Merdeka Centre dan Malaysiakini dibiayai oleh Open Society Foundation (OSF) yang diterajui George Soros untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional.

Exconya, Ibdillah Ishak berkata pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks ini perlu dipandang serius oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Ini seolah-olah terdapat unsur-unsur campur tangan asing dalam urusan politik tanah air. Menerusi dokumen yang berjaya digodam dari OSF, nama Malaysia dan ‘Malaysia Program’ telah beberapa kali disebut.

“Antaranya membabitkan kegiatan penyangak mata wang negara pada Krisis Ekonomi 1997-1998, George Soros yang aktif demi ‘pilihanraya yang bebas dan adil’ di Malaysia. Ia seolah-olah mengesahkan dakwaan yang mengaitkan George Soros dengan dikatakan membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.

“Oleh itu saya menggesa agar pihak berkuasa menyiasat kandungan dokumen DC Leaks ini dan sekiranya benar, pihak berkuasa mestilah mengambil tindakan segera terhadap mereka yang menerima biayaan Soros kerana ini merupakan pengkhianatan kepada proses demokrasi negara,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini.

One thought on “Pelbagai Pihak Gesa Polis Siasat Kaitan BERSIH Dengan Soros

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s