Selain Khairuddin, Saheme Hashim Juga Umum Keluar PPBM

shemeAIDCNews -01/11/16 – Selain Datuk Khairuddin Abu Hassan, orang kuat Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir iaitu Saheme Hashim juga turut mengumumkan keluar daripada PPBM.

Saheme adalah Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah dan Kelab Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Dalam gambar di atas Saheme (bertanda bulat di atas) dan Khairuddin dilihat bertemu dengan aktivis PPBM Tan Sri Sanusi Junid.

“Jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan terlalu cepat berkawan dengan musuh semata-mata kerana dedak,” kata Sanusi dilaporkan FMT semalam.

Menurut Hasril Ashraf, PPBM terbahagi kepada tiga kem, iaitu kem Tun Dr Mahathir Mohamad, kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kem Mukhriz Mahathir.

“Saheme Hashim salah seorang pejuang Deklarasi Rakyat dan penggerak GKCM telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa serta merta.

“Nampaknya pengunduran Seheme sebagai tamparan hebat buat Muhyiddin dan Mahathir untuk memperbetulkan kepincangan yang berlaku di dalam PPBM. Sekiranya PPBM tidak mengambil tindakan drastik maka akan ada ramai lagi pemimpin dan ahli yang akan keluar parti.

“Sama seperti tindakan Khairuddin Abu Hassan, Saheme berjanji akan menegur pemimpin dan ahlin PPBM dari luar parti. Ini menampakkan pergolakan yang dalaman yang berlaku amat serius kemungkinan melibatkan perebutan kuasa antara 3 kem yang wujud di dalam PPBM,” dedahnya.

Kenyataan lengkap Saheme tiga hari lepas :

BERSATU SANGAT LEMAH JIKA TAK MAMPU SELESAIKAN MASALAH2 BERBANGKIT dari dalam serta dari musuh2.

Assalamualaikum sahabat2

Saya dah agak.. Bila bila saya masuk dalam politik hanya meletakkan diri dalam kancah fitnah dan tohmahan.

Sebelum ni walau saya mengetuai gerakan Deklarasi Rakyat dan KP GKCM Kedah; saya sebenarnya bukan ahli mana2 parti politik walau hampir kesemua ahli2 saya adalah ahli UMNO.. Malah ada pernah berjawatan tinggi dalam UMNO.

Saya tersilap langkah pada 2 Oct lepas apabila terlalu yakin dapat membantu Bersatu dari dalam dan saya setuju isi borang keahlian Bersatu.

Sebelum itu, saya sudah menjarakkan diri dari terlibat secara aktif di Kedah dan saya dah maklumkan hasrat saya itu pada rakan2 AWAL SEBELUM BERSATU DIDAFTARKAN.

Dengan tindakan mengisi borang Bersatu, ternyata saya tersilap langkah.. Saya dituduh nak lobi jawatan dan nak rampas kuasa bila dah jadi ahli kerana komen macam2 .

Ada yang tuduh saya nak rampas kuasa di Kedah… kuasa apa saya pun tak tahu. Bawa sukarelawan jumpa Tun dituduh cubaan nak lobi jawatan dari Tun M… macam2 fitnah dan tohmahan.

Sebenarnya saya nak tolong Bersatu tambah ahli dengan tidak mengganggu perjalanan pendaftar yang dah diujudkan itu. Kita namakan team tambahan ini sebagai sukarelawan.. kita cari orang.. bawak pergi jumpa Tun M untuk bagi motovasi sebelum pelancaran… tapi lagi teruk fitnah datang. Seolah2 kita ujudkan team untuk nak rampas kuasa.

Saya langsung tak terlibat dengan Bersatu Kedah sejak awal.. Saya tak mahu menonjol kerana pada saya jika ada yang mampu buat.. Biarlah mereka buat.. Saya bantu cari ahli di belakang tabir saja.

Saya sokong Major Anuar dan sdr Razak Khamis sejak dari awal untuk mengetuai pendaftaran di Kedah… dan kami dah bersetuju saya TIDAK DILIBATKAN sebelum perlantikan ketua pendaftar dibuat.

Tuduhan2 liar GILA JAWATAN itu besar kemungkinan kerana komen2 saya secara terbuka atas isu2 yang memang sudah diketahui ramai.

Sehingga kini, tidak ada seorang pun yang dapat nafikan ISU yang saya komen tu berasas. Seperti dalam UMNO.. prinsip imej parti dan peminpin itu penting maka keburukkan jangan dihebahkan… Atas prinsip ini .. Seperti juga UMNO..saya dibantai habis-habisan.

TIADA lagi FOCUS PADA ISSU yang dibawa tetapi FOKUS pada DIRI SAYA yang bawa issu itu…serangan PERIBADI BERMULA. Maka saya dichop sebagai pengkhianat.. Dan nak bagi sedap lagi maka datanglah mereka yang gemar mereka2 cerita bagi menggambarkan buruknya saya termasuklah gila jawatan.. Golongan kecewa.. Ada juga yang perli untuk bagi jawatan2 tertentu pada saya supaya saya diam.

Sebenarnya saya tidak akan diam walau berjawatan pun (saya tak berhajat pada jawatan pun) kerana apa yang tak betul tetap tak betul. Apa yang benar tetap benar sama ada dalam Bersatu atau mana2 parti.

Untuk elak fitnah berterusan.. Saya istihar keluar Bersatu dan ternyata tindakan saya ini disukai oleh mereka2 yang menfitnah dan mentohmahkan saya dulu. Saya yakin saya dah berjaya mengurangkan stress dalam Bersatu bila saya yang dianggap duri dalam daging dah keluar.

Saya nak jelaskan di sini.saya bukan orang politik.. Pertimbangan saya tidak berasaskan pandangan politik. Saya hanya berpegang yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah.

Banyak benda yang saya komen.. Tapi semuanya demi kebaikan Bersatu. Memanglah pahit nak terima komen.. Sebab kebanyakkan ubat itu pahit.

Kita tak mahu Bersatu berpuak2.. Saya timbulkan isu secara terbuka agar pemimpin2 Bersatu faham apa yang berlaku dan tindakan diambil segera utk menangani semua masalah2 ini.

Saya yakin Bersatu akan lagi kuat bila masalah2 ini diselesaikan. Saya bimbang jika masalah2 ini DIDIAMKAN tanpa diselesaikan sekarang..ia mungkin diguna pihak musuh semasa PRU nanti atau AKAN UJUD PIHAK2 yang tidak puas hati dengan pimpinan Bersatu kerana tidak bertindak menyelesaikan isu2 berbangkit..

Maka akhirnya akan ujub Team A dan Team B di dalam Bersatu yang akan menghancurkan Bersatu. Perebutan jawatan dalam AGM bukan lagi atas kapasiti individu..tetapi team A lawan team B..Terbukti dalam PAS dan UMNO.. bila ujud Team A dan Team B.. maka parti akan hancur

Semua ini dapat dielakkan JIKA ISSU yang dibangkitkan DIBERI PERHATIAN SERIUS diselesaikan SEGERA.

Bersatu akan kuat JIKA SEMUA ISU BERBANGKIT DISELESAIKAN… sebaliknya BERSATU SANGAT LEMAH jika hanya mampu mendiamkan diri tanpa mengambil apa2 tindakan.

Ada yang kata tak perlu viralkan…

Pada saya kalau kita buat betul.. Tak ada siapa boleh viral perkara2 yang tak betul pada Bersatu melainkan fitnah. Kalau saya tak komen dan viral pun… Sesiapa pun boleh komen dan viralkan kerana semua yang saya komen tu dah jadi maklumat umum.

Yang penting saya TAK PERNAH BUAT TOHMAHAN JAHAT ATAU FITNAH ATAU MEREKA2 CERITA.. melainkan semuanya mempunyai ASAS YANG KUKUH.

Kita komplen UMNO tak boleh tanya atau tegur… Kita tak suka cara UMNO pecat mereka2 yang komen dan tegur. Jadi kalau Bersatu pun tak boleh komen dan tegur… Maka samalah Bersatu dengan UMNO

SAYA BELAPANG DADA KALAU ADA SESIAPA YANG BOLEH BUKTIKAN KOMEN2 saya itu FITNAH ATAU BERNIAT JAHAT. Tunjukkan dan BUKTIKAN. Jangan cepat menuduh semua yang bagi komen tu semua berniat jahat hanya kerana ISU YANG DIBANGKITKAN TIDAK SEDAP DIDENGAR.

Soalannya… Betul ke tidak issu yang dibangkitkan itu??!

Saheme Hashim
29 Oct 2016

bersatu

bersatu0

bersatu01
bersatu02

One thought on “Selain Khairuddin, Saheme Hashim Juga Umum Keluar PPBM

  1. Semu ahli ppbm, bawa lah Bertenang, Nobody is Perfect!.
    Kalau semua ahli berfikiran hidup ini Kerana ALLAH, inshaa ALLAH, tiada ada Masaalah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s