Selangor Akui Sukar Bendung Kilang Haram

ean-yongSHAH ALAM – Kerajaan PKR Selangor mengakui sukar untuk membanteras kilang-kilang haram termasuk di kawasan pinggir sungai kerana wujudnya campur tangan dan halangan daripada wakil rakyat dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengakuan itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah walaupun kerajaan negeri telah mengezonkan beberapa kawasan untuk diputihkan.

“Kilang-kilang tidak berlesen yang beroperasi di kawasan tidak sesuai seperti zon pertanian, perumahan atau tepi sungai, kita bukan saja bagi notis dan kompaun tetapi merobohkannya.

“Namun, kita ada kekangan. Bila mahu dirobohkan, akan ada wakil rakyat atau ahli majlis pertikai hal itu,” katanya ketika sesi lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan tambahan Mohd. Khairuddin Othman (Pas-Paya Jaras) mengenai ketegasan kerajaan negeri dalam menangani masalah kilang haram di Selangor, selain daripada mengeluarkan notis dan kompaun mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Hian Wah memberitahu, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk menutup semua kilang haram di kawasan berhampiran sungai.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan memastikan kilang yang berlesen merawat air buangan terlebih dahulu sebelum melepaskannya ke dalam sungai bagi mengelakkan risiko pencemaran. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Selangor Akui Sukar Bendung Kilang Haram

  1. Wayang je lebih. Yang mempertahankan kilang-kilang haram ini oleh siapa? Kalau bukan Ahli Majlis dari geng-geng ni jugak kan? Kamu berkuasa, kamu ambil lah tindakan. Kamu tahu perkara ini mustahil, kamu tidak akan merobohkan kilang walau sebuah pun. Tapi jika gerai-gerai Melayu yg dibina tanpa kebenaran walau sudah lama beroperasi, kamu tanpa belas dan bongkak merobohkan tanpa perlu tangguh-tangguh.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s