Disiasat Di Bawah AMLA : Kereta & Akaun Bank Sanjeevan Disita

sanje1AIDCNews -02/11/16 –Sepasukan polis Bukit Aman telah menyerbu kediaman Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan dan menyita kenderaan yang didaftarkan atas namanya.

Serbuan dilakukan oleh dua anggota polis dan 10 anggota Skuad Taktikal Khas 3 yang sedang menyiasat Sanjeevan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.

“Di bawah AMLA, Seksyen 45, kita akan sita semua harta yang disyaki meragukan. Kita boleh sita selama 9 bulan tetapi kalau didapati tiada kaitan, kita akan lepaskan.

“Kita sudah sita akaun bank dia. Jadi apa-apa harta yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram, kita akan ambil untuk siasatan selanjutnya,” kata ASP Faizal Maamor kepada FMT.

Dalam sitaan itu, sebuah kereta model BMW EX6 berwarna merah dan 3 motosikal Demak EX90 berwarna biru serta motosikal Yamaha Ego dibawa ke tempat simpanan barang kes polis di Cheras.

sanje

Sebelum ini, Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

Media melaporkan aktivis 32 tahun yang menetap di Kajang itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja menerima wang perlindungan RM25,000 daripada seorang pengadu, seorang pengusaha judi 4 angka haram berusia 38 tahun.

Sejak tangkapan itu, beberapa laporan polis dibuat terhadap Sanjeevan oleh mereka yang mendakwa diperas ugut oleh Pengerusi MyWatch itu.

Sanjeevan Hidup Mewah Hasil Jenayah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s