PAC Mahu Audit Susulan Terhadap 1BestariNet

sps-1bestarinetKUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan audit susulan menyeluruh terhadap perkhidmatan 1BestariNet yang dikendali Kementerian Pendidikan.

PAC juga mahu JAN melaksanakan kajian keberkesanan projek 1BestariNet dan meneliti semua dokumen perjanjian kontrak bagi memastikan kepentingan kerajaan dilindungi.

“PAC memutuskan supaya JAN melakukan audit susulan secara keseluruhan berhubung sama ada perkara-perkara yang dibangkitkan JAN dibuat retifikasi kerana banyak perbelanjaan kerajaan meragukan,” kata Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin dalam kenyataan pada Selasa.

PAC juga akan melakukan lawatan ke sekolah bandar dan luar bandar bagi melihat sendiri pelaksanaan projek itu.

PAC pada Selasa membentangkan laporannya berhubung perkhidmatan 1BestariNet yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 dan dibentangkan di Parlimen pada 10 November 2014.

PAC mengadakan prosiding mengenai perkara itu tiga kali iaitu pada 17 Mac 2015, 8 April 2015 dan 16 Jun 2015.

Berdasarkan prosiding berkenaan, PAC membuat rumusan bahawa isu yang berbangkit adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan kontrak.

“PAC tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Kementerian Pendidikan bahawa ia tidak sedar mengenai pekeliling berhubung ‘Value Management Lab’,” kata Hasan.

1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan bagi mengganti dan menambah baik sistem rangkaian teknologi komunikasi massa (ICT) di semua sekolah di negara ini berikutan penamatan perkhidmatan ICT SchoolNet pada 2010.

Dimulakan pada Mac 2011, Lembaga Perolehan Kementerian Pendidikan memutuskan 1BestariNet dilaksana dalam tempoh 15 tahun dengan anggaran peruntukan RM4.08 bilion bagi menyediakan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya kepada semua sekolah dalam tempoh itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s