Rafizi Ramli Dibelengu Masalah Ciptaan Sendiri

My Nation News – Selepas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diperintahkan membayar RM200,000 semalam kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana memfitnah, kini dia didapati bersalah menganjurkan perhimpunan haram ‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.

Dia bersama tiga lagi tertuduh lain didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi kesalahan itu.

Rafizi, 39, yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan, Ahli Parlimen DAP-Seremban Anthony Loke Siew Fook, 39, bekas anggota Sekretariat PKR Muhammad Adib Ishar, 27, dan anggota Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, dijatuhi hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan semalam.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda dan memberi mereka masa hingga 3 petang esok untuk membayar denda itu.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan iaitu sebagai penganjur perhimpunan itu di Padang Merbok di sini, didapati telah gagal menyertakan sesalinan persetujuan kepada pemilik padang berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan bertarikh 12 Jun 2013 kepada pegawai polis yang menjaga Daerah Dang Wangi, iaitu ACP Zainuddin Ahmad, dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara 2 petan dan 6 petang pada 22 Jun 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap kesemua tertuduh berikutan berlaku kekecohan semasa perhimpunan itu diadakan.

Katanya berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwaan, terdapat cubaan untuk orang ramai menghalang DBKL daripada menanggalkan khemah yang dipasang.

“Hujahan pihak pembelaan bahawa perhimpunan itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan adalah tidak benar kerana terdapat lebih 8,000 orang berkumpul dalam perhimpunan tersebut,” katanya memetik laporan BERNAMA.

Susulan hukuman terbaru ini, ada pihak yang mengatakan kerana mentaliti dan hati Rafizi sudah sebati dengan pembangkang, tidak mungkin dia akan berhenti memfitnah semua pihak asalkan kuasa yang ada pada tangan mereka pada ketika ini kekal.

Rafizi dan Loke diwakili peguam Gobind Singh Deo, Muhammad Adib oleh peguam Eric Paulsen dan Syed Azman oleh peguam Azizul Shariman Mat Yusoff

Baru-baru ini, Rafizi mula mempromosikan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) baharu menggunakan nama Invoke Malaysia sekaligus menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan syarikat NOW yang digerakkan sebelum ini.

Syarikat itu sebelum ini turut mengutip duit kononnya untuk digunakan bagi memfailkan saman terhadap tiga agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Tabung Haji.

Dakwaan kononnya wang akan digunakan untuk memfailkan saman itu adalah pada Mei 2015. Hampir dua tahun berlalu, tidak kedengaran saman yang dikatakan hendak difailkan Rafizi. Apa sudah jadi dengan wang itu semua?

Berikut paparan semula apa yang kami ungkapkan Mac lalu.

MANA DUIT DIKUTIP? NOW, WHERE IS THE MONEY?

NOW bukanlah sebuah organisasi pertubuhan tetapi ia adalah sebuah syarikat dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai salah seorang pemegang sahamnya.

Pada tahun lalu ia melakukan kutipan wang kononnya untuk digunakan bagi kos memfailkan permohonan injuksi terhadap tiga agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Tabung Haji.

Tentunya, ramai penyokongnya terperdaya dan pantas membuat pemindahan wang ke akaun syarikat NOW, mendengarkan Rafizi akan memfailkan saman.

Pada Mei 2015, Rafizi mendakwa akan memfailkan saman MINGGU DEPAN.

Hampir setahun berlalu, tidak pernah lagi kita mendengar Rafizi memfailkan saman terhadap tiga agensi penabungan ini. Kemanakah wang dikutip itu?

Baru-baru ini, Rafizi menulis, dia dikatakan tidak mencuit wang dividen KWSP, ASB dan Tabung Haji yang terkini memperolehi lebih RM80,000 !

Mengapa PKR membenarkan Rafizi mewujudkan sebuah syarikat berasingan untuk mengutip wang daripada penyokong mereka? Mengapa ia tidak dimasukkan dalam akaun PKR?

Mengapa saman tidak difailkan walhal wang sudah dikutip ketika Rafizi melakukannya atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR?

Memandangkan syarikat itu sudah tenggelam, adakah wang yang dikutip itu turut tenggelam bersamanya? Inikah strategi PKR untuk mengutip wang?

Siapa yang memeriksa akaun syarikat NOW?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s