DC Leaks Dedah Perkaitan Soros Dengan NGO BERSIH

soros0AIDCNews -03/11/16 – Dokumen DC Leaks yang dibocorkan mendedahkan perkaitan Open Society Foundation (OSF), milik penyangak matawang Yahudi, George Soros dengan NG0-NGO BERSIH.

Pautan pendedahan itu boleh diakses di http://dcleaks.com/wp-content/uploads/2016/soros/workplans/seai-2014-workplan.pdf

Dalam dokumen itu mendedahkan bantuan OSF disalurkan kepada Empower Pusat Kesedaran Komuniti (EMPOWER), milik Maria Chin Abdullah yang juga Pengerusi BERSIH 2.0.

Turut didedah saluran dana turut diberikan kepada C4 Malaysia yang dimiliki Cynthia Gabriel dan Ahmad Farouk Musa.

Cynthia Gabriel juga ada kaitan dengan SUARAM, FORUM Asia (Asian Forum for Human Rights and Development) dan Caram Asia.

Manakala Ahmad Farouk pula pengasas dan Pengarah Eksekutif IRF (Islamic Renaissance Front).

Turut disebut NGO Lawyers For Liberty (milik N Surendran dan Latheffa Koya), Merdeka Center for Opinion Research (milik Ibrahim Suffian), Radio Free Malaysia (Radio Bangsar Utama, milik Hishamuddin Rais ?) dan Kini.tv (milik Steven Gan dan Pramesh Chandran).

Nama Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) dan badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute juga turut disebut.

Majoriti NGO- NGO yang disenaraikan sebagai penerima dana OSF Soros di atas juga turut disenaraikan sebagai penyokong BERSIH 2.0.

Nama Wong Chin Huat juga turut disebut sebagai pemain utama dalam program tajaan Soros itu.

Chin Huat merupakan pengasas WAMI (Writers’ Alliance for Media Independent), salah satu daripada tiga NGO yang menjadi asas penubuhan BERSIH pada Sept 2006.

Dua lagi NGO yang bersekutu dengan WAMI adalah WDC (Maria Chin Abdullah) yang diterajui oleh Maria Chin Abdullah dan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) diterajui oleh bekas ahli parlimen DAP di Petaling Jaya, Dr Kua Kia Soong.

Sekarang, Chin Huat merupakan Fellow di Penang Institute, badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

AIDCNews sebelum ini pernah mendedahkan BERSIH ditubuhkan hasil kerjasama badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social Advancement) yang bekerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED melalui bengkel pembaharuan pilihan raya pada Julai 2005.

REFSA kemudianya memilih WDC, SUARAM dan WDC sebagai jawatankuasa pemandu BERSIH.

Selanjutnya, sila baca “Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam

soros

soros1

soros2

soros3

Ketika ditanya wartawan, Jawatankuasa kecil di bawah Majlis Peguam Malaysia hari ini mengaku menerima bantuan kewangan daripada Soros.

Pengerusi Jawatankuasa Migran, Pelarian dan Imigresen, Datuk M. Ramachelvam berkata, ia menerima AS$15,000 (RM53,757.13) tahun lepas bagi membiayai projek yang sedang berlangsung.

“Saya mesti menjelaskan wang itu tidak digunakan untuk kos operasi dan pentadbiran Majlis Peguam atau jawatankuasa,” katanya kepada FMT.

zairil-khir-johari

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute Zairil Khir Johari memilih pendekatan berdiam diri apabila disoal soalan yang sama.

“Tiada komen,” katanya ketika dihubungi FMT.

Maria Chin Akui Terima Dana Soros

Dokumen Soros Dedah Topeng BERSIH

One thought on “DC Leaks Dedah Perkaitan Soros Dengan NGO BERSIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s