Husam Bukan Dibuli Tetapi Pembuli Dalam Sidang DUN Kelantan

husamAIDCNews -03/11/16 – PAS Kelantan menafikan Datuk Husam Musa dibuli, sebaliknya ADUN PAN Salor itu yang telah membuli Exco dan ADUN PAS sepanjang Sidang DUN Kelantan dengan mencelah tanpa kebenaran dan tidak menghormati adab persidangan.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata persidangan DUN mempunyai peraturannya sendiri, namun jika ia dilanggar akan menyebabkan berlaku kekecohan.

“Hendak menyoal pelbagai soalan apa sekali pun kerajaan boleh terima. Tetapi soalan mesti sampai ke pejabat Speaker dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

“Tetapi malangnya tidak ada satu soalan pun dari ADUN Salor sama ada ingin jawapan bertulis atau jawapan mulut sampai di pejabat Speaker.

“Datang pada hari akhir Dewan tiba-tiba beliau kemukakan 30 soalan serentak, ini tidak betul dari segi prosedur dewan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Kelantan berkata Husam tahu peraturan persidangan DUN berdasarkan pengalamannya, namun tidak mempedulikannya.

“Datuk Husam sendiri seorang ahi politik berpengalaman dan pernah menjadi Exco dan Ahli Parlimen, serta pernah menjadi setiausaha kepada menteri besar. Dia tahu sangat peraturan-peraturan ini.

“Tidak ada satu pun soalan daripada Datuk Husam untuk dijawab secara bertulis atau lisan. Masa penggulungan baru mahu kemukakan soalan baru. Ini tidak menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjawab tuduhan seumpama itu,” katanya

Tambahnya lagi, walaupun Husam tidak mematuhi peraturan persidangan DUN, namun beliau telah diberi peluang berucap melebihi penyokong kerajaan dan pembangkang lain.

“Siapa kata Datuk Husam tidak diberikan peluang berucap. Selepas menteri besar membentangkan bajet, tidak ada orang lain yang berucap lebih panjang daripada Datuk Husam.

“Saya yakin tidak ada dewan di Malaysia ini, baik di parlimen dan sebagainya yang memberi ruang kepada pembangkang untuk bercakap panjang, tetapi berlaku di Dun Kelantan, Datuk Husam berucap hampir satu jam dan tidak diganggu.

“Cuma masa dekat-dekat penghabisan saya ganggu sebab saya rasa terlalu melampau yang mana ucapan tidak berdasarkan fakta dan maklumat tidak betul.

“Saya cuma perbetulkan sedikit apabila dia menyebut mengenai Kompleks Perkayuan Kelantan tidak pernah memberi tender dan sebagainya. Saya tahu sebab saya bekas pengurus di situ dan saya memastikan tender berjalan dengan betul,” katanya.

Rakaman- perbahasan Husam berkaitan syarikat Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad (KPK).

Rakaman – perbahasan Husam berkaitan Kijang Kuari.

Rakaman – perbahasan Husam berkaitan poligami dimestikan daftar perkahwinan di Kelantan

Rakaman – perbahasan Husam berkaitan konsep Hutan Simpan, Ladang Hutan ‘Timber Latex Clone’ (TLC) dan kaedah Tebang Habis.

Rakaman – Pertikaian Baiah calon dan pemecatan Husam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s