Khalid Ibrahim Dihalang Persoal Jumlah Pampasan Kepada SPLASH Dalam Sidang DUN Selangor

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dibenar bertanyakan soalan mengenai jumlah pampasan yang bakal dibayar kerajaan negeri itu, untuk mengambil alih aset Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH), pada sidang DUN kali ini.

Khalid Selasa lalu ketika membahaskan Bajet Selangor 2017 berkata beliau mengusulkan soalan lisan perihal perkara itu namun ditolak Pejabat Speaker atas alasan bersifat andaian.

ADUN Pelabuhan Klang itu turut menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat andaian kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali kini tidak berkongsi maklumat mengenai usaha pengambil alihan aset SPLASH dengan rakyat Selangor.

“Saya bertanyakan sekiranya Exco Selangor telah bersetuju menaikkan nilai pampasan ekuiti pengambilan syarikat pengeluaran air Selangor (SPLASH) daripada RM250.6 juta kepada RM2.7 bilion.

“Perincian justifikasi keputusan tersebut serta punca dana dan plan membaiki transcity tersebut. Saya diberitahu Pejabat Speaker menolak kerana ini terlalu andaian,” katanya.

Khalid ketika memimpin Selangor mengambil pendekatan meuar-uarkan kepada media dan rakyat negeri itu mengenai apa sahaja perkembangan membabitkan usaha pengambil alihan aset empat syarikat konsesi air.

Sehingga beliau dipaksa melepaskan jawatan menteri besar, Khalid berjaya mengambil alih tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS).

Khalid memulakan usaha pengambilalihan itu bagi mewujudkan pengurusan air secara holistik selain mengawal harga air agar tidak dijadikan perniagaan yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

SPLASH menurut Khalid hanya ditawarkan RM250.6 juta sahaja oleh kerajaan negeri sebelum ini selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu.

SPLASH menolak tawaran itu dan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.

Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan RM2.45 bilion daripada tawaran asal.

Khalid berkata beliau kesal jika tuntutan SPLASH itu dituruti kerajaan negeri dan menyifatkan ia adalah pembaziran wang rakyat.

Malah dedahnya, bukan hanya beliau yang tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan SPLASH namun ia turut tidak disenangi ahli panel penilai air Selangor, Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud.

Azmin setiap kali diajukan pemberita perihal pengambil alihan SPLASH sering mengelak dan beralasan rundingan masih dijalankan.

Azmin sebelum ini memberitahu rudingan kerajaan negeri dengan SPLASH akan dimuktamadkan Oktober 2016. Namun sehingga berakhirnya Oktober, rundingan itu masih belum mencapai kata putus.

Untuk rekod, Selangor di bawah Khalid berjaya mengambil alih tiga syarikat konsesi dengan jumpah pampasan bernilai RM1.68 bilion. Daripada jumlah itu PNHB menerima RM1.07 bilion manakala SYABAS dibayar RM0.52 bilion dan ABBAS sekadar RM0.09 bilion – AP

One thought on “Khalid Ibrahim Dihalang Persoal Jumlah Pampasan Kepada SPLASH Dalam Sidang DUN Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s