PAS : Jangan Mudah Terjerat Dengan Spin Anasir Jahat

AIDCNews -03/11/16 –Timbalan Ketua Penerangan Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir mengingatkan ahli parti agar tidak mudah terperangkap dengan ‘spin’ anasir jahat yang membayangkan PAS kini mahu kembali melutut kepada DAP dan PAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Ambil perhatian kenyataan Tuan Guru itu tidak langsung sebut kerjasama bersama Pakatan Harapan atau DAP apatah lagi PAN.

“Jangan mudah terjerat dengan spin anasir jahat dan berkepentingan,”katanya dalam Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang berkata pihaknya sedia berkerjasama dengan mana -mana parti bagi menghadapi BN satu lawan satu dalam PRU akan datang.

“PAS dah lama buka pintu dan pintu tidak tutup.

“Cuma bila buka pintu jangan kacau dalam rumah ….. Jangan kacau dalam rumah kami sudah,” Kenyataan Abdul Hadi dipetik.

Roslan Shahir menjelaskan kenyataan Presiden PAS perlu difahami secara betul khususnya berkaitan dengan syarat yang telah diletakkan oleh beliau.

“Bermakna walau DAP singkir PAS dan melahirkan pula proksinya Pan untuk gantikan PAS namun PAS tidak pernah tutup pintu untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi BN.

“Apa yang berlaku sebelum ini (apabila) pintu PAS dibuka, DAP naik masuk tapi bikin onar. Sehingga rumah tangga PAS pun mahu dicampur sehingga prinsip perjuangan PAS pun mahu diganggu.

“Itu semua adalah sejarah.

“Tidak cukup setelah terjun keluar dari tingkap rumah PAS, DAP taja pula pengkhianat untuk menentang PAS.

“Macam mana nak kerjasama?,”soalnya.

Jelas Roslan Shahir, walaupun pintu rundingan PAS masih dibuka, namun ia sudah tertutup kepada para pengkhianat parti Islam itu.

“PAS masih punya kerjasama politik dengan PKR dan kini telah pun tubuh Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga.

“Pintu PAS terus buka tapi kalau nak naik masuk biarlah beradab dan sopan. Hormat penghuninya dan tertib bila di dalamnya.

“Akan tetapi para pengkhianat sekali-kali tidak punya tempat di hati penghuni rumah PAS,”katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s