Presiden PAS Tidak Sebut Mahu Kerjasama Dengan Pakatan Harapan – Nik Abduh

AIDCNews -03/11/16 –Kesediaan PAS untuk membuka pintu rundingan semula dengan Pakatan Harapan khususnya DAP dan PAN hanya manipulasi pihak media dan bukannya kenyataan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Apa yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan itu adalah kenyataan media, bukan (daripada) Abdul Hadi,” kata Nik Abduh.

Nik Abduh dilaporkan berkata beliau sendiri telah menonton klip video jawapan diberi Abdul Hadi (di atas) berkenaan isu tersebut.

Jelasnya, kenyataan Abdul Hadi ringkas sahaja selain telah meletakkan syarat kepada ‘pengacau’ rumah tangga PAS.

“Seperti yang Abdul Hadi kata semalam, perbincangan PAS adalah dengan parti yang tak kacau rumah tangga PAS.

“Kenyataan itu merujuk kepada parti-parti yang tak kacau rumah tangga PAS. Jadi kita tahu siapa yang kacau (rumah tangga PAS) dahulu,” katanya.

Tambahnya, apa yang diperkatakan Abdul Hadi semalam bukan merupakan satu keputusan baharu, bahkan sudah menjadi polisi PAS sejak dahulu lagi.

“Bukan u-turn bahkan keputusan lama bahawa PAS hanya berunding dengan parti yang tidak ada rekod buruk dengan PAS dalam sejarah hubungan Pakatan Rakyat dahulu,”katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS akan berbincang dengan DAP untuk memastikan tiada pertembungan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14, Nik Abduh menjawab perkara itu sudah dijawab sebelum ini, iaitu tiada rundingan dengan DAP.

“Kita dah jawab dahulu kita tak akan berunding dengan DAP. Tidak ada rundingan dengan DAP langsung,”tegasnya.

One thought on “Presiden PAS Tidak Sebut Mahu Kerjasama Dengan Pakatan Harapan – Nik Abduh

  1. Hampir semua ahli Pas yg setia pd parti adalah pendokong perjuangan asal Pas. Selain drpd itu ramai sudah berhijrah bawah payung DAP. Bersatu dgn DAP boleh dtgkan kemarahan ahli yg ada. Ibarat Pas terpaksa melutut dikaki puak pro DAP. Naya pengundi pro ulama pemilihan lepas. Isu besar tu. Pas yg ada skrg boleh pecah dua. Cukup2 lah perpecahan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s