Soros Mahu Tentukan Siapa Perdana Menteri Malaysia – Tun M

My Nation News – Pada 2012, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahkan pembiaya asing menyalurkan dana kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, untuk menyokong Anwar.

“Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

“Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

“Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah,” kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

SOROS MAHU TENTUKAN SIAPA PERDANA MENTERI

“Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik… Dia nak pilih orang dia jadi PM,” dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

“Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

“Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini,” katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam “konspirasi tersebut, Mahathir berkata: “Semua ada kaitan”.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pada 23 September 2012.

Semalam, pelbagai media melaporkan mengenai campur tangan pertubuhan didalangi Soros iaitu Open Society Foundation (OSF) dan National Endowment for Democracy terlibat dalam menyalurkan dana kepada pertubuhan seperti Bersih dan portal Malaysiakini.

Memetik laporan di capaian ini, OSF dan National Endowment for Democracy (NED) diterajui Soros terlibat dalam menggulingkan kerajaan beberapa negara.

Melalui penulisan Profesor Dr Gerald Sussman dan Sascha Krader daripada Universiti Portland, NED antara agen asing yang bertanggungjawab menyemarakkan revolusi di Serbia, Georgia, Ukraine dan Kyrgyzstan antara tahun 2000 hingga 2005.

One thought on “Soros Mahu Tentukan Siapa Perdana Menteri Malaysia – Tun M

  1. Tun cakap begitu ketika beliau masih waras dan tak nyanyuk. Sekarang, seluruh keturunan beliau dah jadi proksi DAP utk melumpuhkan Melayu Islam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s