ADUN DAP Bidas Azmin Lambat Sebar Maklumat Krisis Air Selangor

AHLI Dewangan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran membidas kerajaan Selangor kerana terlalu perlahan menyebarkan maklumat berkaitan krisis air kepada orang ramai.

Beliau juga menyarankan penubuhan pasukan pengurusan krisis di bawah Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).

“CCSB perlu tingkatkan prestasi. Informasi yang disebarkan sangat lambat dan tidak meluas.

“Disebabkan penerimaan maklumat yang lambat, ia membenarkan penyebaran informasi kurang tepat dan menimbulkan spekulasi,” jelasnya.

Tambahnya, CCSB juga tidak mempunyai pegawai bertugas pada setiap masa untuk menyebarkan informasi terkini dengan betul kepada orang ramai.

“Selain penyebaran maklumat melalui radio dan akhbar, CCSB perlu menggunakan media sosial kerana ia lebih cepat diterima masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata dana yang diberikan kepada CCSB pada tahun depan bertujuan meningkatkan prestasi dalam pengendalian maklumat ketika krisis.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja fokus pada media cetak tetapi juga kepada semua jenis media supaya maklumat dapat disebarkan lebih pantas,” jelas beliau – Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s