Bekas Mursyidul Am TIBAI Kembali Melutut Kepada Anwar

AIDCNews -04/11/16 –Bekas mursyidul am kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md Arip kembali melutut kepada individu yang pernah disebatnya kira-kira lima tahun lalu.

Zahid Mat Arip, salah seorang Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata Anwar kini sudah “bersih” dan sedia bekerjasama dengannya.

“Kita tutup buku lama, kita buka buku baharu kerana Anwar berada di dalam, saya berada di luar. Kita menentang Anwar dari segi politik, ada perangai dan tingkah laku dia yang saya tidak setuju.

“Kita hanya lawan politik sahaja. Kini, apabila kita hendak bekerjasama, kita tidak tengok pada perbezaan, tetapi kita lihat pada persamaan,” katanya kepada FMT.

Katanya, kini persamaan PPBM dengan Anwar ialah sama-sama menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Persamaannya adalah Anwar menentang kemungkaran yang dilakukan Najib dan saya juga menentang perkara sama. Kita sama dari segi itu, jadi tidak ada masalah,” katanya.

Zahid mengibaratkan kerjasama PPBM dengan Pakatan Harapan dan pembangkang lain adalah penting kerana bantuan PPBM akan menjayakan cita-cita pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 14.

“Saya umpamakan mengait buah rambutan setinggi 9 kaki, galah yang ada pada parti pembangkang setakat ini hanyalah setakat 7 kaki. Bertengek macam mana sekalipun tidak akan sampai.

“Melengkapkan proses mengait buah rambutan itu adalah PPBM yang mempunyai 3 kaki lagi galah. Kerjasama ini penting,” ujarnya.

Pada tahun 1998, Zahid menentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memecat Anwar daripada UMNO dan jawatan kabinet.

Zahid kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda Keadilan dalam Pemuda Keadilan yang diketuai Ezam Mohd Nor ketika itu.

tibaiZahid bagaimanapun bangkit menentang Anwar kerana kecewa dengan sikap bekas ketua pembangkang itu mempertahankan kumpulan cauvinis Cina dalam dasar pendidikan negara, sebelum menubuhkan TIBAI pada 18 April 2012.

TIBAI dibubarkan pada 11 Februari 2015, sehari selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, pada 12 Mac 2015, Zahid mengumumkan TIBAI diubah nama kepada Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim (TIBABI) dengan alasan kes membabitkan Anwar dianggap belum selesai walaupun dia dipenjarakan.

One thought on “Bekas Mursyidul Am TIBAI Kembali Melutut Kepada Anwar

  1. Agaknya, semua org-org kuat Anwar dulu mmg perangai gila mcm ni. Makhluk seperti ini akan menggigit sesiapa sahaja seperti anjing gila. Keranab ada tuan yg memberi makan

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s