Dana Soros : Maria Chin Enggan Dedah Butiran Akaun Kepada Polis

AIDCNews -04/11/16 –Bersih 2.0 tidak akan memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF), milik George Soros kepada polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang pendedahan akaun itu hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.

“Kerana akaun (nombor akaun ?) kita dah masuk dalam laman web, Facebook dan semua itu. Mereka (polis) boleh bacalah daripada laman web, jadi kita tidak akan jawab kerana kita akan jawab di mahkamah lah,”katanya.

Jelasnya, beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang dikaitkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(SOSMA).

Pada 31 Oktober media mendedahkan nama beberapa persatuan, portal berita dan NGO menerima dana OSF yang dinaungi spekulator mata wang, George Soros.

Laporan itu dibuat berdasarkan kepada pendedahan DC Leaks.

Maria Chin juga berkata bahawa Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November akan diteruskan.

3 thoughts on “Dana Soros : Maria Chin Enggan Dedah Butiran Akaun Kepada Polis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s