Hodohnya Prasangka DAP Terhadap PAS

AIDCNews -04/11/16 –DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan politik adu domba dan prasangka, kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Beliau membuat kesimpulan itu ketika merujuk kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan konsep satu lawan satu.

“Anehnya antara yang terawal memberi reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS itu adalah DAP. Seolah mereka tidak pernah bermasalah dengan PAS sebelum ini.

“Ramai pihak mengalu-alukan kenyataan Tuan Guru itu tetapi Lim Kit Siang tidak. Beliau menimbulkan syak wasangka dan cuba lagi mengadu domba,”kata Roslan Shahir dalam Facebook.

Beliau mengulas prasangka Kit Siang kononnya Abdul Hadi sengaja menawarkan ‘setuju satu lawan satu’ sebagai peras ugut kepada UMNO supaya menyokong Akta 355.

“Katanya kenyataan Tuan Guru itu diragui keikhlasannya. Beliau syak ianya terdorong kerana kononnya PAS mahu melobi sokongan terhadap RUU 355.

“Begitulah perangai DAP sebelum ini, melihat PAS dengan penuh prasangka dan ternyata mereka masih terus begitu.

“Hodohnya PAS pada mata DAP,” ulas Roslan Shahir.

Tambahnya, Kit Siang seorang pengadu domba apabila sengaja membangkitkan isu ‘iblis’ dan ‘syaitan’yang tidak pernah dilabelkan kepada parti itu.

“Bagaimana PAS mahu terima DAP sedang DAP berterus-terusan memusuhi Islam yang PAS perjuangkan.

“PAS tidak pernah label DAP sebagai iblis atau syaitan tetapi sikap dan perangai mereka ternyata seakan sama,”katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s