Selepas Cabaran Sertai BERSIH Gagal, PAN Umum Bertanding Kawasan PAS

nizar1AIDCNews -04/11/16 –Parti Amanah Negara (PAN) Perak bersedia bertanding di kerusi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata partinya mempunyai calon-calon yang berwibawa untuk diketengahkan bagi bertanding di semua kerusi termasuk di Parlimen Parit Buntar (sekarang dimenangi Datuk Mujahid Yusof, Naib Presiden PAN) dan DUN Changkat Jering (beliau sendiri).

“Pada PRU13 dahulu, kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat yang menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Perak.

“Ia mencemaskan BN, dan kita harap semangat kesepakatan itu akan diterjemahkan kembali Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN pada PRU14 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau yakin dengan kerjasama yang akan diwujudkan Pakatan Harapan dan parti Bersatu akan meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap pihak pembangkang.

“Kita akan teruskan agenda untuk membela rakyat dan pada masa sama kita ingatkan bahawa jangan ada mana-mana pihak yang akan menjadi pengkhianat untuk mengekalkan kuasa BN,” katanya.

Tiga hari lepas, Nizar mencabar PAS agar menyertai BERSIH 5 jika parti Islam itu serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

“Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.

“Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini,” katanya.

Dalam masa sama, Nizar turut membuat tujuan jahat terhadap PAS dengan mendakwa persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

“Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355,” katanya.

nga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s