Nur Misuari Dalang Penculikan Di Sabah

nur-misuariMy Massa – Nur Misuari melalui MNLF pernah menikmati sokongan kerajaan Malaysia atas perjuangannya menuntut kuasa memerintah sendiri di Mindanao. Akhirnya dia menjadi Gabenor, namun Nur Misuari berubah menjadi pemimpin Rasuah dan gila perempuan. Akhirnya MNLF berpecah kepada MILF. Kerajaan Filipina mengiktiraf MILF dan kerajaan Malaysia juga mengiktiraf hubungan yang rasmi. Kerajaan Malaysia tidak pernah main belakang.

Pada tahun 2001 Nur Misuari mengangkat senjata menentang Kerajaan Filipina. Kerajaan Filipina kemudiannya memburu Nurmisuari dan dia melarikan diri ke Sabah. Dia sangat marah kerana Kerajaan Malaysia menangkapnya dan atas desakan Kerajaan Filipina, Malaysia menyerahkannya kepada Kerajaan Filipina. Nur Misuari dipenjara oleh Kerajaan Filipina pada tahun 2006.

Mengikut rekod UN, sekurang-kurangnya 200,000 orang mati sepanjang Nur Misuari mengangkat senjata sejak tahu 1972.

Sejak itu, Nur Misuari berdendam kepada Kerajaan Malaysia. Terutama selepas tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang dinikmatinya dahulu semasa menjadi Gabenor dan Pengerusi MNLF.

Pada tahun 2012, Nur Misuari membantu sekumpulan penceroboh memasuki Lahad Datu. Nur Misuari terlibat untuk mengkucar-kacirkan Malaysia dengan orang harapannya di Malaysia, Anwar sekutu harapannya di Malaysia menang PRU13. Ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara jiran.

Sepanjang tahun 2012, Nur Misuari bertemu dengan orang-orang hubungan Anwar melalui Tian Chua.

Dendam Nur Misuari tidak pernah berhenti, terutama tanpa sumber kewangan. Hari ini, Nur Misuari menjalankan kerja-kerja mencolek nelayan-nelayan dari Malaysia.

Orang-orangnya setiap hari menelefon keluarga mangsa colek di Sabah bertanyakan wang tebusan. Nur Misuari mengancam mahu memenggal kepala tebusan. Nur Misuari minta sekurang-kurangnya seorang RM3 juta. Ini diceritakan sendiri kepada saya.

Dua tiga hari, Nur Misuari memainkan sentimen kononnya rakyat Malaysia dalang pencolekan. Dan baru sebentar tadi, 2 lagi tekong nelayan dicolek.

Semua ini adalah kerja ‘gerila’ Nur Misuari yang dahagakan wang.

Rakyat Malaysia mesti bersatu menentang kejahatan Nur Misuari dan konco-konconya yang menyusup masuk ke Sabah.

Pasukan keselamatan mesti menangkap konco-konco Nur Misuari yang menyeludup di Sabah. Kerajaan mesti menarik balik kerakyatan mereka yang bersubahat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s