Bajet 2017 Diluluskan Dengan 117 Undi Sokong & 70 Undi Tolak

bajetAIDCNews -07/11/16 –Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di Dewan Rakyat, malam ini dengan 117 ahli parlimen menyokong manakala 70 lagi menentang dan 11 lagi tidak mengundi.

Undian itu dilakukan secara belah bahagian.

“Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali kedua, 117 orang,” kata Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Malaysiakini melaporkan 11 Ahli Parlimen yang tidak mengundi adalah Ahli Parlimen PAS.

“Semua sebelas ahli parlimen yang berkecuali itu adalah dari PAS.

“Parti itu mempunyai 14 ahli parlimen. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengundi menentang belanjawan itu manakala presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir,”lapor portal itu.

dapDxie Aba Aba melaporkan tindakan 70 Ahli Parlimen pembangkang, kecuali PAS yang menolak Bajet 2017 telah memberi impikasi tersirat.

“Walaupun pada lazimnya ini berlaku tetapi perbuatan ahli parlimen pembangkang (kecuali PAS) dengan TIDAK MENYOKONG Belanjawan Negara ini adalah satu pengkhianatan kepada sistem Parlimen itu sendiri dan juga kepada rakyat yang mengundi mereka untuk duduk di Dewan Rakyat sebagai wakil mereka di Parlimen dalam pembentukan dasar.

“Dengan TIDAK MENYOKONG Belanjawan Negara, mereka TIDAK MENYOKONG perbelanjaan kerajaan bagi tujuan membayar gaji kakitangan awam, TIDAK MENYOKONG subsidi yang diberikan, TIDAK MENYOKONG BR1M, TIDAK MENYOKONG peruntukan untuk pendidikan, kesihatan, dan pelbagai lagi perancangan pembangunan Kerajaan,”lapornya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s