Guan Eng Hanya Akan Serah Jawatan Ketua Menteri Jika Didapati Bersalah Di Mahkamah

AIDCNews -07/11/16 –Lim Guan Eng hanya akan menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pengerusi parti negeri itu, Chow Kon Yeow hanya selepas beliau didapati bersalah di mahkamah berkaitan dengan kes rasuahnya.

Guan Eng membuat pengakuan itu ketika menyampaikan ucap utama dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 semalam.

“Saya meminta konvensyen, ahli-ahli dan pemimpin untuk menyokong cadangan agar Chow mengambil alih jawatan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) berjaya dalam serangan mereka terhadap saya.

“Kita harus mempertahankan DAP dan Pulau Pinang daripada BN bersama-sama sebagai satu pasukan, satu semangat dan satu parti.

“DAP bukan tentang kepimpinan individu tetapi kepimpinan kolektif.

“Pulau Pinang dan DAP akan meneruskan perjuangan tidak kira apa yang akan berlaku kepada saya,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Hotel Vistana pada Ahad.

Lim Hui Ying (kiri) bersama ayahnya, Lim Kit Siang
Lim Hui Ying (kiri) bersama ayahnya, Lim Kit Siang

Chow dalam ucapannya berkata DAP Pulau Pinang sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya yang diketuai setiausaha parti negeri itu, Lim Hui Ying yang juga adik Guan Eng.

Chow berkata perhatian khusus adalah untuk mengukuhkan jentera media sosial parti itu.

“Parti itu meluluskan lebih banyak sumber bagi jabatan ini dengan mengambil kira kepentingannya untuk mendekati rakyat,” katanya

Tambah Chow parti itu telah memulakan program yang dikenali sebagai “Listening Tours” kepada pemimpin parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen untuk melawat kawasan Parlimen di negeri itu.

“Mereka akan dapat mendengar masalah rakyat dan menggerakkan sumber bagi membantu rakyat mengatasi masalah mereka,” katanya lagi.

Pada Ogos 2013, akhbar China Press menyiarkan transkrip perbualan mesyuarat antara Guan Eng dan Chow yang berbau pergelutan kuasa di antara kedua tokoh itu.

Dalam mesyuarat yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen serta pemimpin negeri DAP Pulau Pinang itu, seorang `panglima’ Chow iaitu ADUN Komtar, Teh Lai Heng telah mengasak Guan Eng berkenaan prosedur perlantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Lai Heng bertanya kenapa calon yang disyorkan oleh jawatankuasa perhubungan peringkat Parlimen tidak terpilih sebagai Ahli Majlis tetapi nama yang tidak disyorkan sebaliknya dilantik.

“Pertanyaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu seterusnya berkembang kepada perbualan antara Guan Eng dan Chow, perbualan mereka penuh dengan kenyataan yang berbaur pergelutan kuasa,” lapor akhbar berbahasa Cina itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin DAP negeri mengesahkan kandungan perbualan antara Guan Eng dan Chow yang disiarkan dalam media sebagai `fotostat’ kepada perbualan sebenar dalam mesyuarat DAP.

“Saya sendiri terkejut setelah membaca kandungannya dalam akhbar, ia seperti fotostat kepada perbualan sebenar,” kata Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Teh Yee Cheu.

Teh bagaimanapun berpendapat, penerbitan kandungan mesyuarat tertutup itu sebagai sesuatu yang tidak patut dan tidak bermoral.

Ditanya mengenai suasana ketika mesyuarat dijalankan, Teh berkata, mesyuarat dijalankan dalam keadaan biasa di mana kedua-dua pihak melontarkan hujah masing-masing.

“Mesyuarat diadakan secara tenang dan tiada pergaduhan yang berlaku, ia bagaimanapun sedikit mengecewakan kerana prosedur pemilihan Ahli Majlis tidak dibincangkan secara mendalam,” katanya.

One thought on “Guan Eng Hanya Akan Serah Jawatan Ketua Menteri Jika Didapati Bersalah Di Mahkamah

  1. Jika mahkamah putuskan bersalah nanti, Guan Eng akan kata tunggu dulu keputusan Mahkamah Rayuan pula..maka sempatlah dia pegang jawatan Ketua Menteri hingga PRU 15..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s