Guan Eng Berkira Kos Belanja Atasi Banjir, Tapi Leburkan RM305 Juta Kos Kajian

wakeupmalaya– Takkanlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exco tebatan banjirnya, Chow Kon Yeow tidak nampak penyelesaian isu banjir di negerinya.

Dari Komtar sahaja sudah boleh merasai kepahitan penduduk daerah Timur Laut negeri itu yang dibelenggu banjir kilat sejak kebelakangan ini.

Tetapi mengapa diam membatu sahaja? Peliknya pula tuding jari tuduh Kerajaan Pusat sebagai punca banjir kilat. Kononnya dana sebanyak RM350 juta yang diminta untuk projek tebatan banjir Sungai Pinang tidak diluluskan.

Kalau dikira sejak 2008, sudah lapan tahun berlalu. Nak masuk tahun kesembilan. Tetapi apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang usahakan untuk atasi masalah banjir kilat ini?

Kelmarin, penduduk Kampung Melayu Air Itam, Georgetown dinaiki air. Air paras lutut terpaksa diranduk di sepanjang Jalan Thean Teik dan Jalan Masjid Negeri. Ribuan kenderaan terkandas di Jalan P. Ramlee, Jalan Paya Terubung dan Taman Lumba Kuda. Julai lalu, Lapang­an Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir akibat hujan lebat, hingga air melimpah ke dewan ketibaan. Kawasan Teluk Bahang turut mengalami banjir kilat terburuk sejak beberapa tahun lalu.

Guan Eng dan Kon Yeow ‘peluk tubuh’ sahaja?

Yang menghairankan dan sungguh pelik sekali kalau projek yang dikatakan boleh menaik­kan nama DAP, cepat pula disam­barnya. Benarkah?

DAP sanggup menyediakan dana sehingga RM305 juta hanya untuk membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu.

Jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah untuk hanya sekadar kertas kerja asas dan laporan kajian bagi pelaksanaan projek.

Baca juga: Hanya Untuk Kertas, Kerajaan DAP Mengeluarkan Kos RM10 Juta Bagi Setiap Kilometer

Kalau boleh disediakan RM305 juta untuk laporan sekadar kertas kerja, mengapa tidak mampu menyediakan amaun kos projek tebatan banjir RM350 juta?

Baca juga: Lim Guan Eng tak mampu jawab soal konsesi terowong Pulau Pinang
Baca juga: Kenyataan Bercanggah Ketua Menteri DAP Mengenai Terowong Dasar Laut

Demikian juga penyediaan kos pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pun bukan main lagi.

Dari kos asalnya bernilai RM27 bilion meningkat kepada kira-kira RM46 bilion selepas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuat penambahan kepada beberapa komponen, pun sanggup lagi menampungnya.

Baca juga: Ketua Menteri DAP Masih Pertahan Keputusan Konsesi Tol 30 tahun Bagi Projek Terowong Dasar Laut itu.

Malah, kata Kon Yeow tempoh hari, kerajaan DAP negeri itu akan cuba untuk mendapatkan pembiayaan bank bagi menampung baki kos pembinaan.

Tetapi banjir kilat yang menyusahkan rakyat dan berlaku di depan mata, DAP tunggu dan ambil masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s