PAS Terbuka Berbincang Tidak Sama Dengan Kerjasama Politik

AIDCNews – 08/11/16 –Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS memang terbuka untuk berbincang dengan parti-parti pembangkang, namun perbincangan bukan bermaksud bekerjasama kerana perkara itu hanya diputuskan Majlis Syura Ulama parti.

Walau bagaimanapun keterbukaan itu hanya untuk parti-parti yang tidak mempunyai rekod buruk mengkhianati PAS sahaja.

Nik Abduh berkata setakat ini PAS bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) membentuk Gagasan Sejahtera.

“Kita sebut secara umum. Kita sudah ada Gagasan Rakyat (Sejahtera) yang boleh bekerjasama dengan parti-parti yang tidak ada rekod khianat kepada PAS yang Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebut kacau rumah tangga.

“Maknanya ada parti yang kita buka (berbincang) macam parti Bersatu (PPBM). Itu masih terbuka dan ada perbincangan dengan mereka.

“Cuma bagaimana hubungan itu hendak diadakan, kita tengoklah, belum ada keputusan lagi. Sebab ia akan berkait, Bersatu berkait dengan DAP, PKR.

“Jadi bagaimana kita nak jalin hubungan itu masih dalam perbincangan.,”katanya ketika ditanya di lobi parlimen semalam.

Beliau berkata sebarang keputusan untuk bergabung atau bekerjsama hanya diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Penggabungan dalam PAS ini, kita sudah lama. Penggabungan (kerjasama) dengan parti-parti baharu mesti dengan kelulusan Majlis Syura Ulamak.

“Ia tidak boleh dibuat begitu sahaja, mesti dengan kebenaran Majlis Syura Ulamak,”katanya.

Ketika ditanya parti manakah yang telah mengkhianati PAS dan ditutup pintu perbincangan, Nik Abduh menjawab dua parti iaitu DAP dan PAN.

“Kita sudah sebut dua, iaitu DAP dan PAN. Itu yang kita sebut secara jelas. Yang lain itu kita buka lah,”katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s