PRU 14 : Berjayakah Soros Bantu DAP Tawan Putrajaya Melalui BERSIH ?

soros-mariaAIDCNews – 08/11/16 –Pengakuan Majlis Peguam Malaysia bahawa organisasi mereka mendapat tajaan Open Society Foundation (OSF), milik George Soros menamat spekulasi berkenaan BERSIH ditaja oleh dana asing itu.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru berkata, Soros bukannya individu larangan yang disekat pergerakannya dan pihaknya menerima dana itu untuk tujuan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia

“Jadi perkara itu bukan masalah besar memandangkan dana yang diterima diuruskan oleh OSF dan bukannya beliau (Soros).

“Saya tidak lihat ia boleh mengganggu gugat sistem perlembagaan demokrasi di Malaysia lagipun ia hanya untuk tujuan mendapatkan keadilan bagi pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengakuan Majlis Peguam Malaysia itu secara tidak langsung mengesahkan NGO-NGO lain yang bergabung menyokong BERSIH seperti SUARAM, WAMI, EMPOWER dan sebagainya turut mendapat tajaan Soros.

Sebab itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah tidak mahu memberi keterangan kepada pihak polis apabila disoal tentang dana Soros, kerana dia dan organisasi pimpinannya berada di pihak yang bersalah.

Selanjut, sila baca “Dana Soros : Maria Chin Enggan Dedah Butiran Akaun Kepada Polis

Pengakuan Majlis Peguam Malaysia itu sangat penting kerana badan itu merupakan tulang belakang utama dalam pergerakan BERSIH fasa kedua atau lebih dikenali BERSIH 2.0.

Ketika itu, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Dato’ Ambiga Sreenevasan merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 di samping dibantu oleh Maria Chin Abdullah yan mewakili NGO-NGO masyarakat sivil.

BERSIH yang diilhamkan badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social Advancement), milik Liew Chin Tong telah menggerakkan BERSIH mengikut tiga fasa iaitu BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH pasca 2.0.

DAP yang memainkan peranan di sebalik tabir telah menggerakkan BERSIH melalui proksi-proksi mereka iaitu BERSIH 1.0, menonjolkan Anwar Ibrahim, BERSIH 2.0 menonjolkan Ambiga dan Maria Chin dan BERSIH pasca 2.0 menonjolkan Maria Chin Abdullah.

Lihat carta di bawah.



Selanjutnya, sila baca “Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam

Kejayaan perhimpunan BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 adalah memecahkan monopoli kemenangan 2/3 Barisan Nasional (BN) di Parlimen bermula pada PRU 2008 (BERSIH 1.0) dan PRU 2013 (BERSIH 2.0).

Selaras dengan kerja keras DAP di sebalik tabir dalam menggerakkan BERSIH itu telah meletakkan parti itu paling dominan di kalangan pembangkang dengan 38 kerusi selepas PRU 2013.

Kerusi DAP itu berkurangan kepada 37 kerusi apabila calonnya tewas pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada 2014.

Menyedari kemerosotan pengundi Cina itu, DAP mula memainkan peranan sebagai ‘batu api’ untuk melemahkan parti-parti Melayu supaya terus berpecah belah demi memastikan DAP kekal dominan di kalangan pembangkang.

Kedudukan kerusi PAS yang asalnya berjumlah 21 kerusi pada PRU 2013 telah berkurangan menjadi 14 kerusi apabila 7 Ahli Parlimen parti Islam itu keluar parti, 6 orang menubuhkan parti baharu, Parti Amanah Negara (PAN) dan seorang melompat ke dalam PKR.

husniDalam masa sama, DAP berjaya mengikis kekuatan UMNO yang asalnya, 89 kerusi parlimen berkurangan kepada 87 orang apabila seorang menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bresatu Malaysia (PPBM) dan seorang lagi menubuhkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Berjaya Bawa Tun Mahathir Kembali Semula Ke Parlimen

BERSIH pasca 2.0 bermatlamat tawan Putrajaya

Jika BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 berjaya mengurangkan 2/3 BN di parlimen, matamat utama BERSIH pasca 2.0 pula untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Dokumen DC Leaks yang dibocorkan mendedahkan perkaitan yayasan dana Soros- OSF dengan NG0-NGO BERSIH untuk mempengaruhi politik Malaysia sebagai persediaan menghadapi PRU 14 yang dijangka pada 2018.

Mensyuarat perancangan persediaan menghadapi PRU 14 itu telah dihadiri oleh Christopher Stone, Presiden OSF; Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre for Opinion Research; Mary Agnes James, Ketua Penolong Pengarah Program Malaysia dan lain-lain pegawai strategik OSF.

Selanjutnya, sila baca “Dokumen Soros Dedah Topeng BERSIH” dan “DC Leaks Dedah Perkaitan Soros Dengan NGO BERSIH

Ibrahim Suffian Pengarah Merdeka Centre seperti dilaporkan media mengesahkan kehadiran beliau dalam pertemuan bersama pimpinan OSF itu.

Antara lain kandungan mesyuarat itu sepertimana dirumuskan focuss.my adalah seperti berikut :

1. OSF mula berusaha untuk mempengaruhi politik tanah air kita semenjak tahun 2010, setahun selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. OSF meramalkan pilihanraya diadakan pada tahun 2011 tetapi akhirnya ditetapkan pada tahun 2013. Melihatkan kepentingan pilihanraya umum 2013 dan ‘kepentingan peribadi’ George Soros terhadap pilihanraya, maka OSF membuat keputusan untuk meningkatkan usaha agensi-agensi pertubuhannya dalam kerja-kerja dan memanfaatkan rangkaiannya, membawa masuk kepakaran luar dan menjalankan advokasi di Washington DC untuk pilihanraya 2018.

2. Pemberian dana atau geran dari OSF dilihat sebagai campur tangan yang paling berjaya. Antara pelbagai campur tangan, ini adalah yang terbaik yang dirancang hasil dari pelbagai dialog yang dilaksanakan di dalam negara dan dengan itu mencerminkan keperluan yang dikenal pasti dalam negara.

3. Sokongan dana OSF untuk penerima dana memainkan peranan penting untuk menggerakkan penyertaan awam dan menyokong usaha masyarakat sivil, tetapi satu hakikat yang tidak boleh diabaikan adalah motivasi tinggi dari masyarakat awam yang menghendaki perubahan terhadap kerajaan turut mengakibatkan penyertaan yang ramai dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sokongan OSF amat berkesan terutamanya terhadap penyertaan belia dengan beratus-ratus ribu belia digerakkan.

4. Oleh kerana pendedahan negatif oleh pihak media rasmi negara terhadap George Soros dan OSF, program-program yang dirancang OSF berjalan secara rahsia, dengan staf bekerja secara senyap-senyap untuk mengurangkan pendedahan awam. Pengarah South East Asia Institute (SEAI), Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas perhimpunan BERSIH Julai 2011 oleh kerana dilaporkan oleh blog-blog tempatan bahawa BERSIH dibiayai oleh OSF.

5. MalaysiaKini dan perkhidmatan penyiaran dalam taliannya KiniTV menerima peruntukan khas dari OSF untuk laporan pilihan raya, dengan sokongan berterusan di luar musim pilihan raya.

6. Untuk pilhanraya 2018 yang akan datang, Ibrahim Suffian merasakan bahawa fokus terhadap Muslim harus ditingkatkan. Berdasarkan pengundian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan usaha reformasi. Dengan elemen etnik yang kuat di Malaysia dalam wacana politik, terdapat keperluan untuk memperluaskan pengaruh di kawasan-kawasan pilihan raya.

7. Binaifer Nowrojee; Pengarah Asia Pacific Regional Office (APRO), menyatakan dengan kejatuhan pembangkang, bilangan undi akan berpecah jadi usaha-usaha pada masa hadapan adalah untuk mewujudkan satu ‘playing field’ yang jelas dan mengenal pasti pembaharuan dasar yang diperlukan untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

Pautan pendedahan itu boleh diakses di http://dcleaks.com/wp-content/uploads/2016/soros/workplans/seai-2014-workplan.pdf

baha
baha1

One thought on “PRU 14 : Berjayakah Soros Bantu DAP Tawan Putrajaya Melalui BERSIH ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s