BERSIH 5.0 Punca Perpecahan United Sabah Alliance Dengan Parti Warisan

sabahanAIDCNews – 09/11/16 –Penganjuran perhimpunan BERSIH 5 di Sabah pada 19 Nov ini merupakan titik perpecahan di antara dua blok parti pembangkang negeri yang berasaskan tempatan iaitu United Sabah Alliance (USA) dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Parti Warisan dilaporkan menyokong perhimpunan BERSIH 5, manakala USA sebaliknya.

“USA mengkritik gerakan BERSIH 5 di Sabah walaupun pada awalnya bersetuju untuk menyertai perhimpunan itu pada 19 Nov.

“Situasi ini menyebabkan penganjur BERSIH 5 yang terdiri daripada aktivis-aktivis PKR Sabah telah mengecam USA secara terbuka dengan pelbagai tuduhan termasuklah menuduh USA sudah dibeli oleh UMNO kerana beberapa pemimpin USA seperti Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Yong Teck Lee pernah duduk semeja dengan Datuk Anifah Aman untuk membincangkan hak-hak Sabah, ” dedah satu sumber kepada AIDCNews.

Kritikan penganjur BERSIH 5 itu dibidas oleh USA yang menuduh mereka adalah tali barut Semenanjung.

“Pihak USA mendakwa BERSIH 5 masih membawa agenda politik Semananjung yang bertentangan dengan prinsip parti itu yang memperjuangkan hak politik Sabah sepenuhnya.

“USA tidak mahu dilabel sebagai masih menurut telunjuk parti luar Sabah (Semenanjung), sedangkan USA kini semakin diterima oleh rakyat Sabah sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan hak mereka.

“USA dalam masa sama memberi amaran kepada ahli partinya yang menyertai perhimpunan BERSIH 5 pada 9 Nov ini akan dikenakan hukuman pemecatan keahlian serta merta kerana berlawanan dengan prinsip perjuangan parti,” dedah sumber itu.

USA merupakan satu gabungan parti-parti Sabah, antaranya, Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang ditubuhkan pada 2011 untuk memperjuangkan “Sabah for Sabahan”.

Walau bagaimana pun perjuangan “Sabah for Sabahan” kemudiannya telah dirampas oleh bekas Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal yang menubuhkan Parti Warisan Sabah.

Shafie ketika menubuhkan parti baharu Sabah itu telah memcuri beberapa aktivis parti lain seperti Naib Presiden PKR, Darrel Leiking dan Setiausaha DAP Sabah Junz Wong menyertai partinya itu.

“Dr Jeffrey Kitingan (STAR) dan Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dari USA menganggap Shafie Afdal tidak menghormati mereka sebagai orang lama yang memperjuangkan ‘Sabah for Sabahan’

“Mereka (Jeffrey dan Yong) adalah orang lama berjuang untuk rakyat Sabah. Sebelum Shafie menubuhkan parti Warisan pada tahun ini, Jeffrey dan Yong telah membentuk agenda perjuangan Borneo yang bebas daripada campur tangan politik dari Semenanjung.

“Shafie pula dilihat masih bergantung kepada tokoh politik dari Semenanjung terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, sedangkan Jeffrey pula telah memutuskan hubungan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu yang dilabelkan sebagai seorang pemimpin diktator yang telah mencemar imej maruah Sabah,” dedah sumber itu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s