Khalid Harap Insiden Azmin Mengherdik Langkau Kuasa Speaker DUN Selangor Tidak Berulang Kembali

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi perhatian dan menyokong kenyataan saya mengenai keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk membayar RM2.7 billion bagi ekuiti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) baru-baru ini.

Namun, seperti yang dijangka, ada pihak yang tidak senang dengan kenyataan saya dan membuat tuduhan liar dan palsu bahawa saya juga pernah membuat tawaran pengambilalihan ekuiti kepada SPLASH melebihi RM2.9 billion.

Ada juga yang cuba mengalih fokus kononnya saya hanya bercakap di luar dewan namun hakikatnya, mereka gagal menjawab persoalan pokok.

Dato’ Menteri Besar Selangor juga mengeluarkan kenyataan akhbar seolah-olah mencabar saya untuk memberi penerangan tentang tawaran RM2.9 billion kepada SPLASH pada 2009. Sekali lagi saya ulang bahawa cabaran itu dibuat tanpa menjawab persoalan pokok.

Namun begitu, berlandaskan prinsip-prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti yang saya pegang selama ini, saya bersetuju untuk hadir di Dewan Negeri Selangor bagi memberi penerangan terperinci berkenaan tawaran-tawaran yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri sepanjang saya diamanahkan jawatan Menteri Besar.

Pihak saya telah pun menghubungi pejabat Dewan Negeri Selangor untuk menetapkan satu masa yang sesuai bagi memberi laluan kepada saya memberi pencerahan di samping menjawab sebarang pertanyaan berkenaan isu ini secara komprehensif, berhemat dan matang.

Saya percaya ramai yang masih ingat bagaimana saya pernah diherdik oleh Dato’ Menteri Besar yang telah melampaui kuasa Speaker dalam satu sessi Dewan Negeri tidak lama dahulu. Saya tidak mahu peristiwa sebegini berulang kerana apa sahaja pertelingkahan dalam Dewan Negeri yang mulia ini di antara wakil yang dipilih rakyat hanya akan memalukan kita semua.

Justeru, saya dengan penuh tawaduk menunggu jawapan daripada pihak Dewan Negeri Selangor mengenai satu masa yang sesuai bagi sesi taklimat saya ini. Saya percaya YB Puan Speaker akan menggunakan sepenuhnya bidang kuasa beliau dengan adil dan saksama.

Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa sebarang usaha untuk membayar lebih daripada apa yang ditetapkan dalam Perjanjian Utama bertarikh 12 September 2014 tidak lain dan tidak bukan merupakan pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kita.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s