Tiada Larangan Minum Arak Secara Terbuka Di Tempat Awam Diwarta Di Selangor

teresa-festAIDCNews – 09/11/16 –Tiada dasar minum arak secara terbuka di tempat awam diwartakan di Selangor berhubung bentuk tindakan ke atas individu yang berbuat demikian setakat ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah,

Bagaimanapun Ean Yong yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis boleh mengambil tindakan jika wujud kacau ganggu oleh individu yang mabuk.

“PBT boleh gunakan peruntukan seperti Undang-Undang Kecil Taman untuk ambil tindakan ke atas orang mabuk dan membuat kacau ganggu di kawasan masing-masing dan polis juga boleh ambil tindakan berdasarkan laporan sekiranya mereka membuat kacau di kawasan awam,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Rabu.

Ean Yong (DAP-Seri Kembangan) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (BN-Hulu Bernam) sama ada Selangor telah mewartakan dasar itu yang melarang aktiviti minum arak secara terbuka di kawasan awam termasuk tindakan kepada mereka yang terlibat.

Selain itu, beliau berkata terdapat peruntukan di bawah Seksyen 18 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang boleh dikenakan terhadap orang Islam yang didapati bersalah terlibat dengan minuman keras.

Ean Yong dalam pada itu berkata kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji satu dasar yang serupa dengan dasar minum secara terbuka di tempat awam supaya dapat mengawal aktiviti minum arak dengan lebih teratur dan perimeter yang lebih jelas.

Buat masa ini, beliau berkata, kerajaan negeri menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai di setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman terhadap pembeli di bawah umur 18 tahun dan menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid dan tokong, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan.

kit-fest

kit-fest1

Sementara itu, seorang ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (PAN) tidak bersetuju dengan langkah menaikkan cukai minuman keras yang didakwanya akan membebankan golongan bukan Muslim.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka,” kata Siti Mariah Mahmood (PAN-Kota Raja) di Dewan Rakyat hari ini.

elizabeth-wong-octoberfest

One thought on “Tiada Larangan Minum Arak Secara Terbuka Di Tempat Awam Diwarta Di Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s