Adakah Kamu Cuba Uji Kesabaran DAP & PAN – Soal Ronnie Liu

muhAIDCNews – 10/11/16 –Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew meluat apabila melihat gambar Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ADUN PKR Kota Anggerik, Yaakob Sapari hadir dalam program ceramah anjuran PAS Kawasan Kuala Langat.

“Adakah kamu (PAS, PPBM & PKR) cuba uji kesabaran hak kami (DAP dan Amanah) ?,” soal Ronnie dalam Facebook.

Ronnie berkata demikian kerana ceramah itu hanya dihadiri penceramah dari PAS, PPBM dan PKR dan tiada wakil dari DAP dan PAN.

“Tidak ada wakil Amanah dan DAP.

“Apakah matlamat Muhyiddin (PPBM) dan Yaakop Sapari (PKR) apabila menyertai ceramah bersama dengan wakil rakyat PAS di Selangor?,” soalnya lagi.

Namun kenyataan Ronnie itu dibidas oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir yang menyifatkan DAP sebuah parti yang sombong dan mengamalkan budaya mengugut.

“Ronnie sebagaimana Trump bernada mengugut apabila beliau menuduh PKR dan Bersatu seakan menguji kesabaran DAP, mencabar DAP apabila hadir ke majlis PAS.

“Begitulah DAP sentiasa menganggap dirinya sebagai “abang besar” dan begitulah DAP sentiasa tidak tahu memberi hormat pada yang lain.

“Kerana itu PAS tiada langsung minat terhadap mereka sebagaimana ramai yang bencikan Trump,” bidas Roslan Shahir.

One thought on “Adakah Kamu Cuba Uji Kesabaran DAP & PAN – Soal Ronnie Liu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s